Home Disney+ Kontroversi yang Dihadapi Arthdal Chronicles 2, Rating Menurun?

Kontroversi yang Dihadapi Arthdal Chronicles 2, Rating Menurun?

0

Salah sebuah drama yang mendapat perhatian akhir-akhir ini adalah Arthdal Chronicles: The Sword of Aramun.

Musim kedua Arthdal Chronicles ini mempunyai jalan cerita menarik dan kualiti persembahan para pelakon lebih baik dari sebelum ini, namun sayang rating drama ini semakin menurun jika dibandingkan dengan musim pertama. Dari awal pembikinan drama ini sudah terpaksa menghadapi beberapa krisis dan kontroversi setelah penantian 4 tahun.

Apakah kontroversi dan krisis yang dihadapi drama Arthdal Chronicles 2? Jom kita lihat penjelasannya!

 

1. Pelakon utama digantikan

Arthdal chroniclesSalah satu sebab sesetengah penonton musim setia pertama tidak menonton musim kedua drama siri Arthdal Chronicles adalah kerana pelakon utama yang diganti dengan pelakon lain. Walau Lee Joon-gi dan Shin Se Kyung berjaya mempersembahkan gaya lakonan yang luar biasa, namun masih ada kalangan penonton mengaku tidak dapat melepaskan Song Joong Ki dan Kim Ji Won dari bayangan watak mereka sebelum ini.

Joon Gi berjaya menunjukkan kebolehan lakonan hebatnya menggambarkan watak Eun Seom dan Sa Ya. Perbezaan emosional kedua-dua watak terlihat sangat jelas dan pesona kedua-duanya ternyata lebih memikat. Se Kyung dipuji kerana aura keagungan Tanya semakin terpancar melalui lakonannya. Kedua-dua mereka mendapat ulasan dan pujian yang positif.

 

2. tvN mengubah slot tayangan tanpa sebarang perbincangan

8f31fcda ae57 4962 b3a3 a5c11dcbb3e5Media Korea mendedahkan bahawa keputusan tvN yang mengubah slot tayangan Arthdal Chronicles: The Sword of Aramun tanpa berbincang dengan pihak produksi memberikan masalah serius kepada drama siri ini. Akibatnya terjadi penurunan rating yang sangat drastik.

Episod 6 yang tayang pada 23 September lalu mencatat rating 2.2 peratus sahaja, jauh lebih rendah dibandingkan 4 episod pertama. Drama ini memiliki durasi yang lama dan episod 6 ditayangkan lewat tengah malam, sehingga mengakibatkan penurunan jumlah penonton.

 

3. Dilakukan pembatalan tayangan untuk memberi laluan kepada Sukan Asia

514ac3c5 e9a0 4da8 ac7c c513d890aa6cPada 24 September 2023, tvN memilih untuk menyiarkan pertandingan bola sepak diantara Korea Selatan melawan Bahrain. Lalu pihak tvN membatalkan tayangan drama siri ini untuk mencegah penurunan rating kerana acara sukan, walaupun tvN sebenarnya tidak menayangkan Sukan Asia. Keputusan ini juga memberikan kesan pada Arthdal Chronicles: The Sword of Aramun.

Drama siri ini pada awalnya berjaya mencatat rating yang sangat bagus di awal penayangan iaitu sebanyak 4.9 peratus. Sayangnya apabila rating sedang melonjak, pelbagai isu muncul dan rating jadi semakin menurun dengan episod keenam yang hanya mampu mendapat 2.1 peratus sahaja.

Namun disebalik semua krisis dan kontroversi itu, drama siri ini tetap menampilkan adegan fantasi segar yang berjaya membawa suasana tegang dengan jalan cerita yang sangat menarik.

Baca lagi: Kisah Aramun Haesulla, Dewa Yang Menyatukan Arthdal dalam Arthdal Chronicles
Baca juga: Arthdal Chronicles 2: Siapakah Ikomahis?