Home Kdrama/Kmovie Koleksi Video Siri Godaan Dari DaebaKing

Koleksi Video Siri Godaan Dari DaebaKing

0

Peminat tegar yang mengikuti Facebook page DaebaKing semestinya mengingati video siri godaan yang mula sekali dimuatnaikkan pada 20 Oktober 2017 bertajuk Godaan Siti Episode 1. Video pertama tersebut menceritakan Siti, ataupun aplikasi Siri dari iPhone yang menjadi peneman hidup Haikal di saat dia ditinggalkan berseorangan di rumah semasa isterinya sibuk mencari rezeki.

Video siri Godaan Siti dari DaebaKing mendapat sambutan yang luar biasa dari peminat DaebaKing dan ramai yang mengaitkan dengan mesej mendalam yang ingin disampaikan oleh video tersebut. Ramai berpendapat bahawa video tersebut memberi mesej bahawa kes curang yang semakin bertambah sekarang adalah disebabkan oleh sikap manusia yang terlalu leka dengan handphone dan tidak tahan dengan godaan di media massa dan menyalahgunakan teknologi.

Screenshot 2019 02 20 at 1.21.19 PM
Screenshot 2019 02 20 at 1.23.38 PM
Antara komen-komen oleh penonton video DaebaKing mengenai mesej di dalam video tersebut

Kepada korang yang belum tonton siri video Godaan Siti dari DaebaKing, korang boleh tonton video di bawah dan hadam. Tetapi jangan korang cuba dengan handphone korang pulak nanti ye…

1. Godaan Siti Episode 1

2. Godaan Siti Episode 2

3. Godaan Siti Episode 3

4. Siti Debut

Episode Siti Debut ini menceritakan jalan cerita yang berbeza dengan 3 Siri Godaan Siti sebelum ini di mana Siti telah kembali ke jalan yang benar dan mencuba nasib untuk debut menjadi K-Pop idol.

5. Godaan Alpha Go

Selain siri Godaan Siti, terdapat juga episode godaan yang menarik untuk tontonan korang semua. Episode seperti Godaan Alpha Go menceritakan kisah applikasi AlphaGo, Artificial Intelligence (AI) ciptaan Google yang pernah viral selepas berjaya mengalahkan pemain professional Board Game Go di Korea.

6. Godaan Eve

Episode Godaan Eve pula menceritakan kisah seorang saintis genius yang berjaya mencipta applikasi AI untuk keretanya sendiri. Konsep ini sama seperti sistem “voice control” yang diperkenalkan oleh Proton dalam model kereta terbarunya Proton X70. Tetapi seperti biasa, tak seronoklah siri Godaan Eve ini kalau tiada aksi terlarang hahaha….

Admin sendiri sangat terhibur dengan siri Godaan Siti sampaikan admin tak boleh nak brain dan hadam jalan cerita semua episode tersebut. So, video godaan mana satu yang jadi favourite korang?