Home Entertainment Ko Woo Rim FORESTELLA Bakal Berkahwin Dengan Kim Yuna, Peluncur Korea Selatan

Ko Woo Rim FORESTELLA Bakal Berkahwin Dengan Kim Yuna, Peluncur Korea Selatan

0

Juara peluncur, Kim Yuna dan Ko Woo Rim FORESTELLA akan berkahwin tidak lama lagi!

Pada 25 Julai, THE FACT melaporkan bahawa Kim Yuna & Ko Woo Rim, menjalinkan hubungan dan merancang untuk berkahwin.

Pihak Kim Yuna, All That Sports memaklumkan bahawa, ‘ Mereka akan berkahwin di Seoul pada hujung Oktober ini. Kedua-dua belah pihak bersetuju untuk mengadakan perkahwin yang sederhana dengan dihadiri keluarga, teman rapat dan kenalan. Mereka juga akan mengadakan sebuah majlis privasi tetapi tidak akan memberitahu tarikh dan lokasi. Kami berharap peminat memahami akan perkara ini.’

Agensi Ko Woo Rim juga mengeluarkan kenyataan:

Kami dari BEAT INTERACTIVE. Kami amat berbesar hati dengan berita gembira berkenaan dengan artis dibawah jagaan kami, Ko Woo Rim, yang akan berkahwin dengan peluncur, Kim Yuna pada Oktober ini.

Majlis tersebut akan diadakan secara tertutup dengan dihadiri keluarga, teman rapat dan kenalan. Kami berharap pihak media dan peminat tidak mendedahkan secara terperinci mengenai tarikh perkahwinan dan lokasi perkahwinan.

Mereka telah bertemu pada tahun 2018, selepas Ko Woo Rim memberi ucapan tahniah kepada Yuna di sebuah persembahan luncur ais. Mereka telah berhubungan selama tiga tahun dan bibit percintaan membawa kepada perkahwinan.

Walaupun selepas berkahwin, Ko Woo Rim tetap meneruskan kerjaya sebagai vokalis utama Forestella. Terima kasih.

Tahniah diucapkan kepada Kim Yuna & Ko Woo Rim!

Sumber: Soompi 

Baca artikel terdahulu: Lufya Diserang Oleh Lelaki Misteri?!!