Home News “Kira2 RM 11.2 Billion Wang Tak Dituntut”-Cara Semak Wang Tak Dituntut Secara...

“Kira2 RM 11.2 Billion Wang Tak Dituntut”-Cara Semak Wang Tak Dituntut Secara Dalam Talian

0

“Kira-kira RM11.2 bilion Wang Tak Dituntut” – Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan dalam Parlimen hari ini.

wang1

wang2

Ini cara semak wang tak dituntut secara dalam talian (online) :

APA ITU WANG TIDAK DITUNTUT (WTD)?

Wang yang tergolong dalam kategori WTD termasuklah:

1. gaji, upah, bonus, komisen, dividen,

2. tuntutan insurans yang telah diluluskan,

3. bank draf, simpanan tetap tanpa arahan pembaharuan automatik, cagaran dan deposit yang tujuannya telah tercapai,

4. pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai yang masih belum dibayar, dan

5. wang dalam akaun yang tidak aktif selama tujuh tahun

Cara Semakan Wang Tidak Dituntut(WTD) Secara Online:-

1. Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my

2. Bagi pendaftaran pengguna secara atas talian(online). Pengguna akan terima emel menyatakan kata laluan sementara bagi log masuk ke portal eGUMIS.

wang

3. Bagi log masuk portal, orang ramai boleh menggunakan kata laluan yang sementara yang seperti yang diemel. Pengguna perlu menukar kata laluan baharu.

4. Kemudian,kemaskini maklumat pengguna anda.

5. Seterusnya, anda boleh Klik di “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat dan cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika ada) dan perlu.

Permohonan tuntutan WTD hanya boleh dituntut oleh pihak berikut:

1. Pemilik WTD itu sendiri;

2. Pentadbir harta pusaka (wasi) yang ditetapkan dalam Surat Kuasa Mentadbir Harta Pusaka;

3. Pelikuidasi yang mewakili syarikat atau firma yang sedang dalam proses penggulungan;

4. Individu atau syarikat/firma yang dinamakan dalam Perintah Mahkamah; atau

5. Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau Jabatan Insolvensi Malaysia bagi syarikat atau firma yang bubar atau individu yang bankrap.

Wang WTD akan diproses dalam beberapa tempoh dan biasanya ia mengambil masa kira-kira sebulan untuk dikreditkan ke akaun bank yang dinyatakan dalam borang tuntutan setelah permohonan diterima oleh pihak WTD.

Sumber : Twitter @MySamudera