Home Entertainment Kim Sae Ron Terbukti Menipu? Tidak Bekerja Pun Di Kafe, Ini Kenyataan...

Kim Sae Ron Terbukti Menipu? Tidak Bekerja Pun Di Kafe, Ini Kenyataan Rasmi Syarikat Itu

0

Dalam laporan pada 11 Mac, Mega Coffee memberitahu media bahawa aktres itu tidak pernah bekerja di mana-mana lokasi rangkaian mereka.

Seorang wakil dari syarikat itu menyatakan, “Kami boleh mengesahkan Kim Sae Ron tidak pernah bekerja sebagai pekerja sambilan rasmi di mana-mana kedai di negara ini. Pemilik kedai di lokasi terbabit mempunyai pekerja sambilan yang berkawan dengan Kim Sae Ron. Bagaimanapun, pemiliknya berkata Kim Sae Ron tidak pernah bekerja sebagai pekerja di sana.”

1678538319 20230311 kim sae ron

Mega Coffee terus menyatakan rakan Kim Sae Ron telah berhenti bekerja di lokasi yang dipersoalkan pada September 2022, dan mereka tidak mengetahui cara foto itu diambil, sambil menambah, “Gambar yang diambil di dapur gelap itu bukan dari kedai kami. Kedai kami tidak mempunyai dapur baking yang berasingan.”

Baca lagi: Kim Sae Ron Cuba Ambil Hati Netizen Dengan Gambar Ini, Tetapi Sebaliknya Dikecam

Baca lagi: Kyoungyoon DKZ Akhirnya Mengaku Dia Adalah Sebahagian Daripada Kultus JMS Sejak Lahir

kim sae ron 2 1103231

Kim Sae Ron menyiarkan gambar dirinya yang sedang bekerja di kedai kopi yang kelihatan seperti lokasi Mega Coffee di story Instagramnya pada pagi 11 Mac.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, label aktres itu mendakwa dia bekerja sambilan di sebuah kafe kerana masalah kewangan berikutan kontroversi DUInya. Bagaimanapun, netizen membangkitkan percanggahan kerana dia dikatakan telah mengupah salah seorang peguam termahal di Korea Selatan untuk perbicaraan pertamanya.

Sumber: [1]