Home Entertainment Kim Jaejoong Membekukan Spermanya Untuk Memiliki Anak

Kim Jaejoong Membekukan Spermanya Untuk Memiliki Anak

0

Pada Rabu 22 Mac 2023, Kim Jaejoong yang merupakan bekas anggota kumpulan TVXQ tampil dalam episod terbaru Channel A, Groom Class. Dalam kesempatan ini, jejaka yang dilahirkan pada 26 Januari 1986 itu banyak membahas perihal hubungan cinta dan perkahwinan, termasuk juga keinginannya untuk mempunyai anak.

Dalam rancangan tersebut, Kim Jaejoong mengaku bahawa dirinya telah membekukan spermanya selama beberapa tahun untuk persediaan mendapatkan anak sendiri nanti.

9B0E5A0F B4F0 404F B098 7B358966F233

Baca Lagi Artikel: 12 Kdrama Dari Para Pelakon Han River

Jom kita baca apakah yang dilakukan oleh Kim Jaejoong dan mengapakah dia bertindak membekukan sperma? Bagaimana pula penerimaan orang lain mengenai perkara ini?

1. Kim Jaejoong telah membekukan spermanya sejak tiga tahun lalu

Pendedahan jejaka tampan ini amat mengejutkan, Kim Jaejoong ternyata telah lama melakukan proses pembekuan sperma miliknya. Kim Jaejoong memulakannya sejak tiga tahun lalu, ternyata dia telah menyimpan sperma pada waktu umurnya 34 tahun.

422297E8 6D23 447F A512 8352F9B68401“Saya menyimpan sperma tiga tahun lalu kerana saya ingin menyimpan gen itu ketika saya masih muda. Saya telah menyimpan dan membekukan sperma (saat itu) yang cukup sihat,” kata bekas ahli kumpulan TVXQ ini.

2. Jejaka berusia 37 tahun itu membekukan spermanya di sebuah klinik swasta

Secara terperinci dan lebih lanjut Kim Jaejoong mendedahkan bahawa dia mengetahui wujudnya perkhidmatan penyimpanan sperma melalui seorang saudara terdekatnya. Dia seterusnya mendapat cadangan untuk melakukan proses pembekuan sperma di sebuah klinik swasta pada dan secara rutin membayar perkhidmatan penyimpanan spermanya setiap tahun tanpa gagal.

Kim Jaejoong juga telah mengetahui dan mempelajari secara terperincin proses pembekuan spermanya ini sehingga tidak ada hal yang perlu dirisaukan lagi. Dia benar-benar tekad menyimpan spermanya itu untuk dilahirkan sebagai bayi suatu hari nanti.

3. Penyimpanan sperma hanya dibenarkan dalam tempoh selama tiga hingga lima tahun

Kim Jaejoong menambah lagi bahawa dia hanya akan menyimpan spermanya selama tiga sampai lima tahun sesuai dengan saranan dari pihak pengamal perubatan yang mewakilinya.

Had masa penyimpanan sperma tersebut dititikberatkan kerana keadaan kesihatan sperma akan mula memburuk ketika telah memasuki usia tiga hingga lima tahun ke hadapan.

4. Para peminat mula bercakap-cakap isu ini

Tidak berapa lama selepas fakta itu diungkapkan, ramai peminat yang menganggap bahawa Kim Jaejoong sudah tidak sabar-sabar untuk mempunyai anak!

Sebahagian besar peminat malah menggesa Kim Jaejoong agar cepat-cepat mendirikan rumah tangga kerana mengingatkan keinginannya untuk mempunyai anak adalah sangat besar dan umurnya juga sudah cukup matang untuk memiliki seorang isteri.

Bukan main lagi peminat-peminatnya berharap supaya artis kesayangan mereka segera menamatkan zaman bujang!

5. Kim Jaejoong lebih selesa hidup membujang!

Dikenali mempunya wajah yang menawan dan bentuk tubuh yang menarik, tidak membuatkan Kim Jaejoong mudah mendapat teman wanita. Walau kariernya cukup cemerlang sebagai idol KPop, namun dia masih selesa untuk hidup sendirian tanpa teman istimewa.

56957D05 4ADE 405E 8B2F 89F55CE95943

Lucunya salah satu alasannya adalah kerana dia tidak suka bergayut di telefon lama-lama dengan wanita. Aduh!

“Betul. Panggilannya harus singkat. Tetap saja, ketika saya bertemu seorang perempuan kemudian saya merasa bersemangat, saya bisa melakukannya hanya selama dua sampai tiga menit,” ujar Kim Jaejoong.

Kim Jaejoong menelefon ibunya sahaja tidak melebihi 5 minit. Dia sejujurnya rimas dan kurang gemar bercakap lama-lama ditelefon!

Baca Juga Artikel: Tali Bungee Terputus Ketika Pelancong Membuat Terjunan