Home Entertainment Ketua Kumpulan Terkenal Ini Telah Memandu Secara Mundur Dan Dalam Keadaan Mabuk.

Ketua Kumpulan Terkenal Ini Telah Memandu Secara Mundur Dan Dalam Keadaan Mabuk.

0

YouTuber Caracula mendedahkan bahawa Moon Joon-young, ketua kumpulan ZE:A, memandu di bawah pengaruh alkohol.

Junyoung Moon Leader of a famous male idol group drunk driving 070322 3 1

YouTuber Caracula berkata dalam siaran langsung pada 7 Mac, “Pada 6 Mac (Seoul), sebuah kenderaan K5 telah memasuki jalan sehala berhampiran Eonju-ro, Gangnam-gu, dan telah melanggar sebuah kenderaan Rolls-Royce.

Kemudian pemandu kenderaan K5 itu telah membunyikan hon keretanya untuk memberitahu yang lain supaya memberi laluan kepadanya dan tiba- tiba dia turun dan menjerit ke arah pemilik kenderaan Rolls- Royce.

Junyoung Moon Leader of a famous male idol group drunk driving 070322 2

Masa tu dia berbau alkohol. Jadi pemilik kereta Rolls-Royce melaporkan pemilik kereta K5 itu kepada polis kerana disyaki memandu dalam keadaan mabuk.”

Caracula berkata, “Selepas itu, seorang pegawai polis tiba di lokasi dan mengukur tahap alkohol A, dan didapati hasil pengukuran sebanyak 0.113%, yang boleh dianggap sebagai memandu dalam keadaan mabuk.

Junyoung Moon Leader of a famous male idol group drunk driving 070322 1 1024x506 1

Lelaki ini ialah Moon Joon-young, ketua kumpulan idola ZE:A, yang mungkin diketahui ramai”.

Caracula kemudian mendedahkan identitinya, berkata, “Moon Joon-young pernah memandu dalam keadaan mabuk sekali pada tahun 2018.

p1065581357606846 848 thum

Ini adalah kali kedua dia ditangkap melakukan ini. Profesional mendakwa bahawa “memandu dalam keadaan mabuk” berkemungkinan boleh membuatkan aktiviti dalam industri hiburannya digantung”.

ZeA from acrofan

Moon Joon-young telah memulakan kerjayanya  pada tahun 2010 bersama kumpulan ZE:A dengan Kwang-hee, Im Si-wan, Park Hyung-sik, Kim Dong-joon, Kim Tae-heon, Jung Hee-chul, Ha Min-woo dan Kevin.

Sumber: allkpop