Home News Kerja Hanya Cuci Pinggan, Tapi Gaji Sebulan Pula Buat Ramai Yang Tak...

Kerja Hanya Cuci Pinggan, Tapi Gaji Sebulan Pula Buat Ramai Yang Tak Sangka

0

Untuk mencari pekerja bagi membasuh pinggan mangkuk, sebuah restoran di Singapura terpaksa menaikkan tawaran gaji sehingga SG $3,500 atau RM11,000 selepas jawatan itu sudah lama tidak terisi disebabkan gaji yang rendah sebelum ini.

Disebabkan kekurangan pekerja untuk menjalankan tugas itu, pemilik restoran tersebut terpaksa membasuh pinggan mangkuk sendiri agar premis itu boleh dilanjutkan seperti biasa.

Pemilik Restoran Ishinomaki Grill & Sake yang terletak di Orchard Road, Chen Weixin memberitahu Shin Min Daily News bahawa kerja yang biasa dilakukan oleh warga asing dari Malaysia tidak mendapat sambutan walaupun dengan tambahan gaji sebanyak SG $50 (RM160) sehari.

Baca lagi: Ibu Pelik Anak Tak Guna Duit Belanja Dan Sorok Sesuatu Dalam Beg Sekolah, Sekali Ini Respon Beliau

Baca lagi: “Boleh Bukak Carwash Dahni”-Gelagat Adik Baru Berumur Setahun Bekerja Buat Ramai Terhibur

Screenshot 2023 08 25 112503

Lihat juga video dibawah:

Namun semuanya mula berubah apabila beliau menawarkan gaji baharu iaitu SG $3,500 sebulan, bersamaan dengan gaji minimum seorang graduan universiti, barulah Weixin berjaya mencari pekerja Malaysia.

Tambah beliau lagi, tiada rakyat Singapura yang sanggup menerima tawaran tersebut dan disebabkan itu beliau terpaksa bergantung harap pada pekera asing warga Malaysia.

Namun disebabkan wabak C0vid-19 , ramai warga Malaysia pulang ke nagara asal. Selain itu, terdapat juga masalah buruh dengan pelonggaran peraturan Covid-19 sejak 29 Mac dan pengetatan dasar buruh asing di sana.

Shin Min Daily News juga melaporkan bahawa beberapa perniagaan F&B terpaksa menawarkan gaji sehingga SG $4,000 (RM12,000) sebulan untuk membasuh pinggan dan bonus sebanyak SG $3,000 (RM9,500).

Seorang pengendali F&B memberitahu media Singapura itu bahawa mereka menawarkan pokok SG $2,600 (RM8,314) dengan bonus pengambilan pekerja sebanyak SG $2,000 (RM6,400) dan bonus prestasi sehingga SG $1,000 (RM3,200) sebulan.

Bagaimanapun, mereka masih menghadapi masalah kekurangan kakitangan.

Screenshot 2023 08 25 112517

Lambert Chen, pemilik bersama Iko Restaurant and Bar di sepanjang Neil Road memberitahu AsiaOne bahawa pekerjaan ini menuntut kerja keras dan disebabkan itu hanya segelintir rakyat Singapura sanggup untuk mengambil peranan ini.

Ketua pegawai eksekutif Restoran Tung Lok Andrew Tjoe berkata mereka mengupah sebuah syarikat pembersihan 10 tahun lalu untuk menangani isu ini, membayar mereka antara #3,800 hingga $4,000 setiap pekerja, lapor Shin Min Daily News.

Walaupun gaji yang ditawarkan tinggi, namun tiada siapa yang sanggup untuk bekerja di bahagian dapur. Cabaran mencari kakitangan untuk membasuh pinggan bukanlah perkara baru dalam industri F&B di Singapura dan ia mula hangat diperkatakan sejak tahun 2012 lagi.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Selayang