Home Video “Kereta Dicalit Minyak Dagu”-Lelaki Ini Tunjuk 5 Tempat Calit Minyak Dagu Pada...

“Kereta Dicalit Minyak Dagu”-Lelaki Ini Tunjuk 5 Tempat Calit Minyak Dagu Pada Kenderaan Buat Ramai Tak Sangka

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok sabdakekasihhq, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan seorang lelaki menerangkan beberapa kawasan kenderaan apabila seseorang individu cuba mencalit minyak dagu pada kereta anda. Beliau mengatakan perkara ini juga boleh dilakukan pada kenderaan anda, dan ianya boleh berlaku perkara yang tidak diinginkan apabila anda memandu kenderaan tersebut.

Oleh itu, video klip ini telah tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Screenshot 2023 11 02 095133
(Gambar hiasan)

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan penerangan lelaki ini tentang beberapa kawasan kenderaan dicalit minyak dagu sememangnya betul dan ia benar-benar berlaku kepada mangsa-mangsa sihir. Ada juga yang berkongsi cerita di mana mereka juga pernah berpengalaman sebegitu, serta hampir mengalami kemalangan ketika memandu. Netizen juga memberi beberapa nasihat diruangan komen dan mendoakan semoga dilindungi perkara-perkara yang tidak baik.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 119.3K penonton, 5695 sukaan dan 114 komen.

Baca lagi: Cawan Kaca Di Kedai Makan Tiba-Tiba Meletup, Ramai Kaitkan Dengan Sihir

Baca lagi: Pelanggan Dilihat Penuhkan Bekas Anggur Di Pasaraya, Situasi Ini Undang Amarah Netizen

Lihat klip durasi pendek perkongsian lelaki ini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat juga video dibawah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@darling baby: betul tu..berapa kali sy hampir excident tika bawa kete..

@Pang5Arasy: kucing dah bagitau.. kita ja yang X tahu.. perhatikan tapak² kucing tu..

@kasturiena: ingatkan org jer kena minyak dagu kereta Pon kena ..

@SJsella: ustaz… klu kite amalkan Bismillah 5 untuk pendinding diri still blh kene ke klu org calit minyak dagu ni ustaz

@ShahrinTahren: Semoga kita semua dijauhkan drpd perkara yg boleh mendatangkan kecelakaan terhadap diri kita, keluarga & org2 yg kita sayang. Aamiin

@darhlorx: Saya pernah masa amek test JPJ langgar divider…. Kata mata sendiri dah rasa lepas laluan, bila keluar check…tak lepas pun. Jauh lagi. Neraka

@N/Z: Orang kalau nakbuat apapun, memang boleh calit dekat memana tempat. Orang dah rancang, kita ja yang takperasan.

@Akak Mun: perit kena minyak dagu..tiap masa terbayang orang tu..rasa dipanggil..dengar bisikan suara dia panggil.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram