Home K - Pop Kerana Butang ‘Follow’, Netizen Serang Jennie BLACKPINK Dan V BTS

Kerana Butang ‘Follow’, Netizen Serang Jennie BLACKPINK Dan V BTS

0

Baru-baru ini ahli-ahli BTS menggegar dunia internet kerana buka akaun peribadi Instagram buat pertama kalinya sejak debut. Tidak perlu tunggu lama, mereka terus dapat mengumpul jutaan pengikut.

unnamed 3

Walaupun buka akaun peribadi masing-masing, privasi kehidupan peribadi tetap bukan milik mereka, setiap gerak-geri mereka diperhatikan dan diintai oleh mata-mata pengikut.

Rancak campaign 1640x614 1

Semasa kesemua ahli baru nak belajar main Instagram, V ter-follow Jennie BLACKPINK selain member-member dia. Tetapi cepat-cepat dia tekan butang ‘unfollow’ dan rasa Instagram ni menakutkan.

unnamed 4

Namun bak pepatah zaman sekarang, terlajak drone boleh diundur, terlajak ‘follow’ pun kena screenshot, jadi lauk gosip dan akaun media sosial dibanjiri komen.

Sementara ada peminat BTS dan BLACKPINK rileks sahaja dan tiada masalah selebriti berkenaan nak follow siapa pun, terdapat segelintir peminat tidak boleh terima Jennie BLACPINK dapat perhatian V BTS.

unnamed 2

Akaun Instagram Jennie diserang bertubi-tubi oleh netizen dengan komen-komen dan emoji negatif. V BTS pula diserang di Twitter.

Melihatkan artis mereka diserang netizen global, netizen Korea menyebelahi selebriti-selebriti berkenaan.

“Bukan isu besar pun, tapi dia dapat 1,5000 komen negatif. Saya harap Jennie dan V terus kuat…”

“OMG…. baru sehari ada dia buka akaun IG, terus ada masalah. Susah betul jadi artis.”

“Kuatkan semangat Jennie dan V…”

“Wow, ini cuma benda remeh, tolonglah hidup dalam realiti.”

“Kenapa benda ni pun nak diperbesarkan…”