Home News Keputusan SPM Paling Sebak, Pelajar Raih 11A Berkat Jaga Ibunya Yang Sakit...

Keputusan SPM Paling Sebak, Pelajar Raih 11A Berkat Jaga Ibunya Yang Sakit Kanser

0

Sekarang ini di mana-mana media sosial pastinya akan riuh dengan keputusan SPM yang baru diumumkan semalam iaitu bertarikh 8 Jun. Bermacam-macam reaksi dan raut wajah yang dapat kita lihat pada video yang lalu di media sosial tersebut. Namun dalam banyak-banyak video yang lalu tersebut terdapat satu video yang telah membuatkan netizen begitu sebak dan terharu.

Video yang telah tular di tiktok @noorhabibimamat telah tular semalam di mana memaparkan situasi warga sekolah datang ke rumah salah seorang pelajar untuk menyampaikan keputusan SPM pelajar tersebut. Pelajar tersebut dikatakan telah mendapat 11A dan apa yang membuat netizen sebak adalah apabila melihat ibunya yang terlantar sakit akibat kanser tahap 4. Berkat pelajar tersebut menjaga ibunya yang sakit kanser itu telah memberikan impak yang besar buat pelajar itu sendiri di mana dia telah meraih keputusan yang sangat cemerlang di dalam SPM.

“Pelajar cemerlang SM(U) Darul Iman Beris Lalang..mendapat straight A’s dlm keputusan peperiksaan SPM pada hari ini..tidak bersama kawan2 menerima keputusan peperiksaan kerana menjaga ibu yg sakit..kanser tahap 4..ayah sudah meninggal dunia..anak yg cukup baik..menurut guru nya sblm ke sekolah beliau akan memandikan ibu nya terlebih dahulu..saban pagi..dan hari ini inisiatif pihak sekolah hadir ke rumah beliau bagi meraikan kejayaan beliau..Ya Allah semoga dipermudahkan urusan anak ini untuk menyambung pelajaran nanti”

Begitulah apa yang tertulis pada video yang telah tular tersebut. Kisah pelajar tersebut telah menarik perhatian netizen dan mereka semuanya berasa sebak melihat situasi tersebut.

Lihat klip video di bawah :

@noorhabibimamat

Pelajar cemerlang SM(U) Darul Iman Beris Lalang..mendapat straight A’s dlm keputusan peperiksaan SPM pada hari ini..tidak bersama kawan2 menerima keputusan peperiksaan kerana menjaga ibu yg sakit..kanser tahap 4..ayah sudah meninggal dunia..anak yg cukup baik..menurut guru nya sblm ke sekolah beliau akan memandikan ibu nya terlebih dahulu..saban pagi🥹..dan hari ini inisiatif pihak sekolah hadir ke rumah beliau bagi meraikan kejayaan beliau..Ya Allah semoga dipermudahkan urusan anak ini untuk menyambung pelajaran nanti.. #sekadarperkongsianbersama❤❤ #spm2022

♬ original sound – Noorhabibimamat – Noorhabibimamat

Lihat juga komen netizen :

@bb : dalam banyak banyak result spm, ni paling sebak ya Allah anak yang hebattt..He deserves the straight As

@mrym.ieliya : bkn berjaya hny dlm pljrn tp hakikatnya dia lbih bjya mnjadi ank yg soleh utk org tuanya

@Tautakpe : tahniah bsar gnjaran pahala jga mak, Allah swt byr cash dgn kputusan cmerlang, doa seorg ibu mustajab..sedihnya

@N.K : Harap di dpt biasiswa utk bljr nnti.. Sedihnya.. Sbb pernah jaga arwah ma abah sakit.

@linda martopo : dah la pandai , baik plak tu .. smoga awk berjaya d dunia dan akhirat dik .. semoga Allah akan mudahkan sgala urusan mu dik .. insha Allah .. aamiin³

@lebah : Ni vid keberapa la aku tgk banjir air mata tgk budak2 dpt results spm cemerlang. Semoga dipermudahkan urusan adik ni

@Aad : Smoga ade pihak dpt membantu biasiswa / tajaan utk anak ini..terbaik didunia dan akhirat in shaa allah dipermudahkan urusan beliau

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram