Home News Kenapa Duit Lama Dijual Dengan Harga Yang Mahal? Ini Sebab-Sebab Nya

Kenapa Duit Lama Dijual Dengan Harga Yang Mahal? Ini Sebab-Sebab Nya

0

Zaman sekarang ini duit syiling yang paling besar nilainya adalah 50 sen, tetapi bagi mereka yang tidak tahu pada zaman dahulu terdapat duit syiling yang bernilai RM1. Sekarang sudah tiada lagi kelihatan dan hanya wang kertas sahaja digunakan bagi nilai RM1.

Jika anda seorang pengumpul syiling-syiling lama, mungkin ada nilai syiling tersebut yang sangatlah tinggi dan mungkin akan membuat anda rambang mata.

Contohnya di sebuah portal membeli-belah terkenal Lazada, seorang pengguna syiling RM1 tahun 1994 pada harga RM10 ribu.

Screenshot 2023 05 16 113739

Banyak betul nilai yang diletakkan, tapi jangan terkejut kalau ada orang yang sanggup bayar RM10 ribu hanya untuk mendapatkan sekeping syiling tersebut. Di Malaysia boleh tahan juga bilangan irang yang mengumpul wang lama.

Terdapat sebuah kelab yang ditujukan khas bagi pengumpul wang lama ini dan nama kelab tersebut adalah Kelab Numismatik Mlaaysia. Numismatik bermaksud wanglama, dan pada tahun 2013 sahaja bilangan mereka sudah mencapai 52,826 ahli.

Screenshot 2023 05 16 113803

Walaupun tidak ramai followers, akan tetapi sudah beberapa kumpulan Facebook yang timbul seperti Hantu Duit-Duit, Lot Gila Duit dan Kemaruk Duit Lama.

Di bawah ini merupakan 7 sebab kenapa nilai wang lama begitu mahal sekali:

1. Low Mintage (Jumlah pengeluaran / tempaan yang sedikit)
2. Kepelbagaian syiling (Jenis logam / kilang tempa)
3. Sejarah duit itu sendiri
4. Kondisi duit syiling tersebut (VG, F, VF, EF atau UNC)
5. Lambakan duit syiling sama pada satu sama
6. Duit syiling error
7. Permintaan dari pengumpul duit lama

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Selayang