Home News Kenapa Bulu Kucing Boleh Gugur? Ini Sebab-Sebab Nya

Kenapa Bulu Kucing Boleh Gugur? Ini Sebab-Sebab Nya

0

Kucing merupakan seekor haiwan peliharaan yang comel dan dapat membuatkan hari anda menjadi ceria dengan melihat telatah dan sifat yang dimiliki oleh mereka. Namun, anda pastinya rimas sekiranya haiwan peliharaan anda tersebut menggugurkan bulu dengan banyak dan menyebabkan ketidakselesaan untuk bernafas. Ia tentunya satu mimpi ngeri terutama bagi mereka yang menghidap penyakit asma.

Oleh yang demikian, teruskan membaca untuk mengetahui punca-punca keguguran bulu kucing.

Alahan

Screenshot 2023 08 08 182223

Ini merupakan punca utama kebanyakan kucing mengalami keguguran bulu. Seperti manusia, si comel anda juga mempunyai alahan kepada perkara-perkara seperti ubat, makanan, gigitan serangga dan juga habuk. Si comel akan menggaru dengan kuat sekiranya ada kegatalan dan menyebabkan bulunya gugur.

Anda boleh mendapatkan rawatan alergi daripada klinik haiwan berhampiran. Rawatannya agak mudah tetapi memerlukan jangka masa yang lama.

Parasit

Screenshot 2023 08 08 182237

Parasit seperti kutu dan hama akan menyebabkan kegatalan yang melampau, luka dan kesan botak pada kulit si comel. Pada tahap yang serius, ia akan menyebabkan luka yang sukar untuk sembuh dan juga kudis.

Oleh itu, sekiranya terdapat sebarang luka pada badan kucing anda, anda perlulah mendapatkan rawatan untuk menyembuhkan luka tersebut.

Baca lagi: Wanita Meraung Lihat Kucing Kesayangan Dibelit Ular, Sekali Reaksi Ibunya Pula Tarik Perhatian Ramai

Baca lagi: 6 Tips Halau Nyamuk Yang Berkeliaran Di Dalam Rumah Anda

Lihat juga video dibawah:

Jangkitan Ringworm

Screenshot 2023 08 08 182251

Ini bukanlah jangkitan daripada ulat tetapi ia merupakan sejenis jangkitan daripada kulat. Tanda yang sangat jelas bagi penyakit ini adalah bulu kucing anda akan gugur dan akan membentuk seolah-olah satu cincin ataupun bulatan pada badannya.

Rujuk pakar haiwan berhampiran dan dapatkan krim anti kulat dan salap.

Tertekan dan Emosi

Screenshot 2023 08 08 182304

Haiwan juga memiliki perasaan sama seoerti manusia. Mereka juga ada sifat marah, sedih dan gembira. Kucing yang berada dalam keadaan tertekan akan lebih cenderung untuk menjilat badannya dengan lebih kuat dan kasar serta akan menyebabkan bulunya mengalami keguguran.

Tanda-tanda kucing anda mengalami masalah ini ialah bulunya akan gugur di sekitar kawasan perut, belakang dan kaki. Pakar haiwan menamakan penyakit ini sebagai ‘psychogenic alopecia’. Minta nasihat doktor bagi mendapatkan ubat dan jauhkan kucing anda daripada anjing yang berdekatan.

Punca-Punca Yang Jarang Terjadi:

Screenshot 2023 08 08 182318

Baka tulen seperti kucing Himalaya dan Bengal lebih cenderung untuk memiliki genetik yang menyebabkan keguguran rambut. Kucing lain seperti kucing jenis Sphynx adalah spesis yang diternak dan hanya memiliki bulu yang halus.

Perkara ini jarang berlaku, namun diabetes, kanser dan masalah sistem imun badan juga boleh menjadi faktor keguguran bulu si comel.

Beritahu doktor segalanya tentang diet dan aktiviti harian kucing anda bagi membantu untuk mendapatkan punca yang lebih tepat bagi masalah tersebut.

Semoga info ini bermanfaat untuk anda!

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Iluminasi