Kalau korang peminat setia drama Thailand, korang wajib tengok drama bersiri Lipgloss Spy yang ditayangkan di aplikasi Viu Malaysia. Ha apa? Tak kenal pelakon drama ni? Tak apa, sebab tu artikel ni ditulis sebab nak kenal kan korang dengan pelakon utama drama Lipgloss Spy ni.

images

Boy Pakorn yang memainkan watak sebagai Teerapat, seorang bekas anggota polis yang mengambil keputusan untuk berhenti daripada berkhidmat kepada negara dan mengambil keputusan untuk menjadi perisik persendirian. Dia cuba merungkai misteri kematian kakaknya manakala Namtarn Pichukkana memainkan watak sebagai Bralee, seorang blogger kecantikan yang juga bekerja sebagai akauntan sebagai kerjaya utamanya. Sesuatu telah berlaku dan menyebabkan dia telah bertukar kerjaya dan menjadi blogger kecantikan sepenuhnya sebelum menyertai Teerapat menjadi perisik di dalam unit beliau.

WhatsApp Image 2022 11 30 at 12.02.42 PM

Namtarn berpendapat, sebagai seseorang yang membawa watak blogger kecantikan, setiap daripada kita mempunyai daya tarikan dan kecantikan yang tersendiri. Segalanya berkait dengan kosmetik dan dengan memakainya, ia mampu menaikkan lagi konfiden seseorang wanita termasuk dirinya sendiri. “Saya percaya, dengan menjadi blogger kecantikan, saya mampu untuk menaikkan lagi skill saya dalam persolekan.

spoiler Lipgloss Spy 2022 episode 9

Kedua-dua mereka memiliki babak yang dianggap sukar untuk dilakonkan ketika menjayakan drama ini. Bagi Boy, watak yang paling sukar adalah ketika melakukan aksi untuk drama ini. “Pengarah meminta saya untuk fokus ketika melakukan aksi-aksi di dalam drama ini. Oleh itu, saya memberi tumpuan sepenuhnya ketika menjayakan babak tersebut. Ada yang kami terpaksa melompat bangunan, ada adegan tembak menembak yang ternyata bagi saya sangat mencabar.” Boy turut menambah yang beliau amat ‘tertekan’ ketika menjayakan watak romantik di dalam air. Bagi Namtarn pula, watak yang mencabar adalah ketika melakonkan babak aksi kerana beliau kurang arif dan sedikit kekok namun beliau seakan-akan tidak percaya terhadap kemampuan dirinya yang berjaya membawa watak aksi tersebut.

Sesetengah pelakon akan ‘terperangkap’ di dalam karakter setelah menjayakan drama tersebut, Namtarn berpendapat bahawa selepas membawa watak sebagai blogger kecantikan, beliau teringin untuk mencuba ceburi bidang tersebut namun beliau memiliki kelemahan iaitu kekok ketika bercakap bersendirian di hadapan kamera.

Nonton Drama Thailand Lipgloss Spy 2022 episode

Mereka mengganggap drama ini sangat istimewa kerana dari segi penceritaan ditambah pula dengan aksi komedi yang mampu mencuri perhatian penonton. Amat lah menjadi satu kerugian buat mereka yang melepaskan peluang menonton drama ini di aplikasi Viu. Langgani pek premium untuk menikmati drama Lipgloss Spy tanpa gangguan iklan!

Previous article“Macam Bapak Dengan Anak!!”- 2 Ahli SEVENTEEN Menjadi Perbualan Di Event Baru-Baru Ini
Next article“Ia Sangat Menakutkan Dan Teruk..”- BTS RM Deep Talk Tentang Kesilapan Lalunya