The Haunted Palace bersedia untuk menyambut peminat drama Korea sebentar lagi! Mempersembahkan kisah misteri berlatarkan era diraja dengan sentuhan ghaib yang kuat, “The Haunted Palace” ini menggabungkan unsur fantasi, seram, sejarah dan politik sekaligus.
Di sebalik kemegahan istana dan ketenangan desa, tersimpan sebuah rahsia gelap yang mengaitkan dunia nyata dengan alam ghaib. Watak utama wanita, Yeo Ri (Bona WJSN), cucu kepada bomoh lagenda, merupakan seorang wanita muda yang memiliki kebolehan spiritual sejak kecil. Disebabkan keistimewaan itu, dirinya menjadi sasaran makhluk ghaib bernama Imoogi, roh halus berupa ular naga gergasi yang telah lama terperangkap di antara dua alam. Imoogi bernama Gang Cheol Yi ini bercita-cita untuk menggunakan tubuh Yeo Ri sebagai perantara demi naik ke “puncak syurga”, satu tempat agung dalam dunia roh yang hanya boleh dicapai melalui tubuh manusia terpilih.
Selain Bona, cerita ini juga menjadi lebih menarik berkat watak-watak unik lain yang terlibat dalam konflik antara dunia, daripada manusia, roh, hingga makhluk ghaib. Setiap watak mempunyai peranan penting dalam membentuk suasana drama ini, daripada pegawai diraja yang dirasuk, bomoh lagenda, hingga sida lucu yang bertindak sebagai penghibur.
Tanpa membuang masa, mari kita kenali 9 watak lain paling menonjol dalam “The Haunted Palace” yang anda boleh tonton dan strim di Viu bermula 18 April Ini!
1. Pertama, terdapat Yoon Gap (Yook Sung Jae), seorang pegawai kerajaan yang dirasuk oleh roh imoogi dan akhirnya terlibat dalam konflik antara dunia manusia dan makhluk ghaib.
2. Seterusnya ialah Raja Yi Jeong (Kim Ji Hoon), seorang raja muda yang kelihatan tenang, tetapi menyimpan banyak rahsia tentang masa lalu dan roh jahat yang menghantui istana.
3. Kemudian, ada Pung San (Kim Sang Ho), seorang lelaki buta yang pernah menjadi bomoh jalanan. Kini, dia pelayan setia makhluk halus dan membuatkan suasana menjadi lebih menyeramkan.
Baca juga: Kenapa Harus Layan “The Haunted Palace”? Drama Fantasi Sejarah dengan Kisah Roh dan Rahsia Gelap
4. Tidak ketinggalan, Choi Won Woo (Ahn Nae Sang), sepupu kelima permaisuri dan bekas pegawai tinggi. Walaupun sudah bersara dan tinggal di kampung, pengaruh politiknya masih kuat.
5. Kemudian ada Neob Deok (Gil Hae Yeon), nenek Yeo Ri yang tegas dan bijak. Bomoh dengan kekuatan rohani yang luar biasa yang bersedia melindungi cucunya daripada bahaya.
6. Seterusnya, Kim Eung Sun (Kim In Kwon), sida-sida raja yang mempunyai perwatakan lucu dan penyeri suasana di tengah-tengah ketegangan di dalam istana.
7. Ada juga Yeong Geum (Cha Chung Hwa), ibu Yoon Gap yang garang tetapi penuh kasih sayang. Dia membesarkan anaknya seorang diri selepas suaminya meninggal dunia.
8. Seterusnya, Kim Bong In (Son Byung Ho), perdana menteri dan datuk raja. Di sebalik sikap lemah lembutnya, dia seorang yang licik dan pandai taktikal.
9. Dan akhirnya, Ga Seop (Lee Won Jong), seorang sami tegap yang membantu Yeo Ri menangani roh dengan kemahiran eksorsisme purba.
The Haunted Palace bukan sekadar kisah misteri berunsur seram dengan dunia fantasi yang menawan dan mencengkam, tetapi turut menampilkan watak berwarna-warni serta sisi romantik yang mendalam di antara Yeo Ri dan Yoon Gab. Cinta mereka diuji oleh takdir dan kuasa yang tidak kelihatan, menjadikan setiap episod penuh emosi dan ketegangan.