Home Entertainment Kdrama “The Cursed” dan Filem Sekuelnya, Seram Misteri Yang Menarik

Kdrama “The Cursed” dan Filem Sekuelnya, Seram Misteri Yang Menarik

0

Sinopsis dan review Kdrama “The Cursed” serta filem sekuelnya, seram misteri menarik yang wajib ditonton!

Dek kerana trendingnya Kdrama bersiri baharu dari Disney+ “Revenant”, lakonan Kim Tae Ri yang baharu sahaja yang ditayangkan pada 23 Jun ini, ramai penggemar genre seram mistik misteri pastinya mula mencari drama-drama atau filem yang menbawa tema yang sama.

Di artikel ini, kami ingin menyarankan Kdrama siri bertajuk “The Cursed” dan filem sekuelnya yang membawa genre sama seperti “Revenant (2023)” dan “The Guest (2018)” yang mungkin sahaja ramai yang telah tonton atau sebaliknya. Jika hendak binge-watch semula pun apa salahnya kan!

1. THE CURSED (2020)

The cursed

The Cursed adalah drama televisyen dari Korea Selatan tahun 2020 yang bergenre seram supernatural, misteri dan thriller yang telah mula ditayangkan dari 10 Februari hingga 17 Mac 2020.

Siri ini mempunyai 12 episod sahaja dan masih boleh ditonton secara striming di #NETFLIX dan #IQIYI.

Siri ini mengisahkan tentang seorang gadis, So-jin (lakonan Jung Ji-so) yang dari kecil terkena sumpahan roh jahat sehingga dia memiliki kemampuan untuk menyihir orang sehingga mati.

Dia juga mampu menyeru dan membangkitkan orang yang telah mati (sihir ini dia gunakan dalam filem sekuel yang anda boleh baca di bawah nanti). Kerana kebolehannya, warga kampung menggelarnya DUKUN ANAK.

Fokus utama siri ini melibatkan wujudnya satu ROH JAHAT yang suka memporak-perandakan manusia dengan menunaikan keinginan manusia yang ingin membalas dendam terhadap musuh-musuhnya.

Roh jahat itu telah merasuki badan seorang CEO Syarikat Forest Jing Jong-hyun (lakonan Sung Dong-il) bagi melaksanakan matlamatnya iaitu MENCIPTA DUNIA TANPA DOSA. Roh jahat ini juga telah bersekutu dengan seorang Dukun Sakti perempuan Jin-kyung (dilakonkan Jo Min-Soo).

Semasa kecil, Ibu So-jin telah dibunuh oleh Roh Jahat dan Dukun Sakti Jin-kyung. Selama 10 tahun juga So-jin menjadi pelarian dan tinggal di rumah anak yatim menunggu masa untuk membalas dendam atas kematian ibunya.

Kerana tiada undang-undang manusia yg dapat menghentikan kejahatan Roh Jahat dan Dukun Sakti tersebut, mampukah seorang Dukun Anak seperti So-jin melawan mereka?

Sinematografi sepanjang siri ini membawa vibes seperti filem seram sihir Korea “THE WAILING (2016)“. Walaupun jalan ceritanya melibatkan penyiasatan, ia tetap tidak lari dari elemen dan babak yang suspen. Pasti membuatkan sesetengah penonton rasa tidak tenteram.

Episod terakhir tergantung sikit walaupun plot dan matlamat utama siri ini dapat diselesaikan. Sambungan siri ini dikeluarkan dalam bentuk sekuel filem yang bertajuk “THE CURSED: DEAD MAN’S PREY (2021)”. Kisah ini akan berakhir dalam sekuel itu.

2. THE CURSED: DEAD MAN’S PREY (2021)

Cursed

Filem ini adalah sekuel dari drama tahun 2020 bertajuk “The Cursed“. Dibintangi oleh Uhm Ji-won, Jung Ji-so dan Oh Yoon-ah. Filem ini ialah versi lanjutan daripada drama 2020 The Cursed.

Ia telah dikeluarkan di pawagam pada 28 Julai 2021. Ia juga menandakan kemunculan filem terakhir Kim Mi-soo sebelum kematiannya pada Januari 2022.

Untuk 35 minit pertama sub-plot filem ini berlangsung secara sederhana perlahan kerana watak-watak terdahulu sedang cuba untuk merungkai misteri pembunuhan yang berlaku 3 bulan lalu.

Filem ini mengisahkan seorang gadis Baek So-jin (Jung Ji-so) yang memiliki kemampuan untuk membangkitkan seseorang dari kematian. So-jin masih berusaha mengejar kebenaran insiden dimana punca kes pembunuhan bersiri yang pelik ternyata menjadi mayat yang dihidupkan semula “sekali lagi”.

Jin-hee (Uhm Ji-won) seorang wartawan dari Kementerian Hal Ehwal Sosial, yang juga sedang menyiasat satu kes pembunuhan bersiri misteri yang dilakukan oleh mayat hidup dan “mereka” ini telah dimanipulasi oleh seseorang.

Apakah kaitan So-jin ke atas kesemua kejadian misteri itu? Adakah dia dalangnya atau orang lain yang mempunyai kuasa seperti dia?

Filem ini mengekalkan latar belakang drama “The Cursed” sebelumnya tetapi naratifnya dibina berdasarkan aksi dan bukannya saspens. Adegan pengejaran oleh mayat yang dibangkitkan dan pembunuhan sangat menarik! Filem ini boleh tonton di Apple TV dan Bilibili.

Baca juga: 12 Kdrama Baharu Menarik Jun Ini
Baca lagi: Kdrama “Revenant” Untuk Tontonan 15 Tahun Atas
Baca juga: “Lies Hidden In My Garden” Dibanjiri Komen Memberangsangkan