Home Entertainment Kdrama Menarik Lakonan Kim Bo Ra & Kim Woo Seok

Kdrama Menarik Lakonan Kim Bo Ra & Kim Woo Seok

0

Kim Bo Ra dan Kim Woo Seok akan disatukan dalam drama siri yang berjudul Finland Papa.

Drama siri ini mengisahkan tentang sebuah kafe unik bernama Finland Papa, tempat di mana orang dapat melakukan healing secara penuh emosi. Caranya adalah dengan berkumpul bersama dan memainkan peranan sebagai sebuah keluarga palsu.

IMG 3383

Kim Bo Ra akan membawa watak sebagai Lee Yu Ri. Dia mula bekerja di kafe Finland Papa setelah cinta pertamanya menghilang dan neneknya meninggal dunia. Sementara, Kim Woo Seok membawa watak sebagai Baek Woo Hyun iaitu cinta pertama Lee Yu Ri.

IMG 3380

Bakal ditayangkan pada 29 April 2023 nanti, jom kita lihat dulu sembilan cadangan drama siri Korea yang dilakonkan oleh pelakon-pelakon utama drama Finland Papa berikut ini:

27beec87 c350 44d4 b33c e411a5653d671. Kim Bo Ra membawa watak sebagai anak perempuan Myung Se Bin dalam drama siri komedi Avengers Social Club (2017)

4f61bb2f 928d 4058 97de de1020b933042. Dalam drama siri Love Your Korea Glow (2018), anda dapat menyaksikan kisah cinta tiga segi antara Kim Bo Ra, Park Sun Ho dan Baek Seung Do

Baca Lagi: Ending “Duty After School Part 2” Menyakitkan Hati?

82c43508 84df 4aa8 84dd ad99ffcc18773. Kim Bo Ra teman merupakan rakan satu sekolah Kim Hye Yoon dan Chani dalam drama siri Sky Castle (2018). Kim Hye Yoon menganggap Kim Bo Ra sebagai musuhnya

3c6423d8 6267 443d 8548 d8f51bff9dff4. Kim Bo Ra mempunyai kemampuan melihat hantu dalam drama siri Ghostderella (2019). Dia selalu diikuti oleh hantu lelaki yang dilakonkan oleh Lee Jong Won

6a9c20cd f3e0 483f a24b 6c7c57504ecc5. Turut tampil dalam drama siri Her Private Life (2019), Kim Bo Ra menyiasat kebenaran hubungan asmara antara Park Min Young dan Kim Jae Wook

9bd03fe6 456a 4827 bc78 080072531f946. Menjadi trainee idol yang gagal, Kim Bo Ra beralih profesyen menjadi pembantu makeup artist dalam drama siri Touch (2020). Dia bergandingan dengan pelakon terkenal Joo Sang Wook

15581333 4c58 45d8 9683 a7a88ad7909c7. Sama-sama mempunyai kehidupan yang sukar, Kim Woo Seok dan Han Sung Min menjadi selesa dan tidak kekok antara satu sama lain dalam drama siri Twenty-Twenty (2020)

50bb4c2b 9d4a 412a a91a dbeba16418758. Kim Bo Ra menjalin hubungan kisah romantik yang panas dengan tiga orang jejaka sekaligus dalam drama siri Love Scene Number (2021)

ff32074c ae48 4613 9c9a 9594b808712d9. Kim Woo Seok adalah pelajar sekolah yang terus mengikuti Lee Jin Wook dalam Bulgasal: Immortal Souls (2021). Rupa-rupanya dia adalah jelmaan anak Lee Jin Wook

8e225e85 7798 4b60 bb6b ead9f613f7d7

Menjadi gandingan pertama antara Kim Bo Ra dan Kim Woo Seok dalam satu projek drama, Finland Papa kini membilang hari untuk penayangan episod pertamanya. Nantikan!

Baca Juga: Kim Tae Ri Tetap Kelihatan Awet Muda Pada Usia 30-an