Jika sebelum ini, kdrama Crash Landing On You telah mendapat perhatian umum, nak-nak lagi pelakon utama mereka, Hyun Bin & Son Ye-jin. Terbaharu, kdrama ini bakal diterbitkan dalam bentuk musikal.

Namun ada sedikit perubahan yang terjadi, pelakon yang bakal menerajui bukan lagi pasangan couple yang korang semua “ship” kan itu, mereka ialah Lee Jang Woo, WJSN Yeounjung, Lee Kyu Hyung dan Lee Yi Kyung dan ramai lagi yang bakal terlibat dalam penerbitan musikal Crash Landing On You ini.

dummy 2

Sebelum ini, cerita ini berkisarkan mengenai seorang wanita kaya yang berasal dari Korea Selatan, Yoon Se Ri yang dilakon kan oleh Son Ye Jin, dimana dia telah melakukan pendaratan kecemasan di Korea Utara ketika “paragliding”. Disitu, dia telah berjumpa dengan Ri Jung Hyuk (Hyun Bin) yang merupakan pegawai askar Korea Utara. Di situ la bibit percintaan bermula, sehingga kan mereka telah menjadi fenomena dunia, dan telah berkahwin di alam nyata!!!

Crash Landing on You

Walau bagaimanapun, watak-watak dalam musikal telah diubah sepenuhnya, tetapi tidak bagi jalan penceritaannya. Ha, korang excited tak? Nantikan Crash Landing On You musikal yang dijadualkan pada 16 September di Seoul COEX Artium.

Sumber: Soompi 

Baca artikel terdahulu: Song Hye Kyo & Diet Rahsia nya

 

Previous articleDulu Dikritik, Kini Song Hye Kyo, Suzy Dan Bekas Teman Wanita Hyun Bin Ini Mendapat Pujian Selepas Berjaya Dalam Diet
Next articleLucinta Luna Kenalkan Diri Sebagai ‘Ratu 9 Nyawa’ Selepas Membuang Halkum