Home Video “Kdg2 Ada Cikgu Yg Tak Layak Jd Cikgu”-Anak Menangis Mengadu Kena Body...

“Kdg2 Ada Cikgu Yg Tak Layak Jd Cikgu”-Anak Menangis Mengadu Kena Body Shaming Dgn Cikgu

0

Body shaming atau mengejek bentuk badan seseorang itu seringkali terjadi melibatkan individu yang mempunyai masalah berat badan tidak kira lelaki mahupun wanita. Malah, body shaming turut terjadi di sekolah melibatkan guru-guru di mana terdapat guru yang membuat body shaming terhadap anak muridnya.

Baru sahaja dua hari lepas tular sebuah video di halaman tiktok di mana murid sekolah rendah menangis sambil mengadu kepada ibunya yang mana budak tersebut menceritakan cikgu telah mengatakan dia gemuk. Apa yang membuat netizen marah adalah kerana budak tersebut baru berumur 10 tahun.

Di ruangan komen juga ramai yang mengalami pengalaman yang sama di mana mereka terkena body shaming dengan guru di sekolah suatu ketika dahulu.

“tapi memng ada dari dulu. nk volunteer ambikkn buku tpi ustzh tu ckp “awk tkpayh sbb awk tk cantik” then dia suruh kwn sy yg cntik tu prgi ambik.”

“dari zaman dulu memang ada cikgu macamtu. acik dah kena dik, cikgu kata ‘ meh budak paling berat dlm kelas ni sila kedepan”

“Saya selalu kene body shaming kat sekolah tapi saya diam je tak melawan”

“Sama kes mcm ni sejujurnya sy berdendam dengan ustazah saya. Kalau murid yg comel, kemain layan baik. Yg tak brapa comel cm aku ni dia cubit2kan je. 17thn brlalu”

Lihat video di instagram :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat juga komen netizen :

@beb1chul0 : nanti sampai dah besar dia ingat

@missyreeana : awak baik… kalau saya, saya nak buat surat bertulis dan cc dekat pejabat pendidikan daerah … biar cikgu dan GB take note next time

@sharz kannan : sometime mulut cikgu² ni semua kena ada insurans

@Power rangers merah : “Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya” ,mesti cg tu akan dipandang hina daripada beberapa murid

@HeerkiMaya : sabar ye dik…akak dulu pun pernah kene body shaming ckp pasal badan & jodoh..sekarang akak dah kahwin tapi ank org Tu Blum kawen smpai skrg bf Pon x

@hellugurl : Pernah dulu masa sekolah rendah sama mcm adik ni. Cikgu body shaming badand my face. Sampai sekarang tak pernah lupa. Effect dia smpai sekarng

Body shaming merupakan sesuatu perkara yang tidak baik dan memberi kesan yang amat mendalam kepada mereka yang pernah mengalaminya. Jadi elakkan body shaming kepada sesiapa sahaja.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram