Home News Kata Kata Terakhir Amy Search Buat Arwah Yazit Sentuh Jiwa Netizen

Kata Kata Terakhir Amy Search Buat Arwah Yazit Sentuh Jiwa Netizen

0

Menerusi Instagram, Amy selaku vokalis kumpulan rock lagenda tanah air, Search, ada berkongsi foto lama bersama, yang turut merakamkan figura pemain dram mereka, Yazit yang telah pun pergi mengadap Illahi kira-kira jam 11.53 pagi tadi.

Amy Search memuat naik beberapa foto throwback Search ketika di awal kemunculan, yang seterusnya menjetik rasa netizen yang membesar dengan lagu-lagu dari Search.

1

“Salam takziah buat seluruh keluarga dn Semoga tabah melalui dugaan ini. Ya Allah, Ya Rabb

“Moga Kau menerima taubat nya, ampunkn dosa nya dn di tmpatkan di syurga Mu tanpa hisab. AmeenYRA,” maklumnya menerusi entri terkini di Instagram.

1 1

Serentak dengan perkongsian berkenaan, para peminat turut menitipkan ucapan takziah dan doa buat insan yang telah pergi buat selamanya.

Pagi semalam (Rabu), Allahyarham dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Wad Urologi dan Nefrologi, HKL selepas dilaporkan tidak sedarkan diri dan berada dalam keadaan kritikal.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Salehuddin Al-Ayubi Taman Melati, Gombak untuk dikafan dan disembahyangkan.

Difahamkan, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Selasih selepas solat Asar.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja dan sila like share page Daebaking.

Foto: Instagram Amy Search