Home Entertainment Kanna Hashimoto – 6 Filem dan Siri Misteri Lakonannya

Kanna Hashimoto – 6 Filem dan Siri Misteri Lakonannya

0

Menjadi salah seorang pelakon yang mendapat paling banyak perhatian dan sorotan media, Kanna Hashimoto bakal menghiburkan anda lagi pada bulan September 2023.

Pelakon yang dilahirkan pada tahun 1999 ini memulakan kariernya di dunia hiburan sebagai anggota kumpulan idol Rev. from DVL. Dia akhirnya mula membintangi filem sebagai figura dalam I Wish (2011). Sejak saat itu, dia mula membintangi beberapa filem, seperti Assassination Classroom (2015), Gintama (2017), dan Kingdom (2019).

Pada September 2023 nanti, Kanna Hashimoto membintangi filem Netflix yang diadaptasi dari manga, iaitu Once Upon a Crime. Membawa genre misteri dan fantasi, filem ini memang wajar dinantikan.

IMG 5708

Selain Once Upon a Crime, berikut merupakan beberapa buah filem dan siri misteri yang dibintangi oleh Kanna Hashimoto. Jom sama-sama kita lihat:

1. Nemesis (2021)

Kanna HashimotoBerpusat pada Naoki Kazama, seorang detektif swasta yang bekerja di Nemesis Detective Agency, dia dikenali sebagai detektif swasta yang luar biasa, kerana mampu memecahkan banyak kes kejahatan. Namun, ada satu rahsia besar, iaitu semua kes yang dia selesaikan sebenarnya dipecahkan oleh pembantunya iaitu Anna Mikami. Selain membantu Naoki, Anna berusaha mencari ayahnya yang hilang secara tiba-tiba.

Siri yang menayangkan sepuluh episod ini dibintangi oleh Suzu Hirose, Sho Sakurai, Yosuke Eguchi, Toru Nakamura, dan Ken Ishiguro. Di sini, Kanna Hashimoto membawa watak sebagai Tomomi Yotsuba. Pada tahun 2023, siri ini melancarkan filem bertajuk Nemesis: The Mystery of the Golden Spiral yang mengangkat kes pembunuhan lebih rumit dan penyiasatan yang membahayakan.

2. Influence (2021)

8e26de58 11f8 4fb9 83c7 9ae79a054781Diadaptasi dari novel bertajuk sama karya Fumie Kondo, siri ini dibintangi oleh Wakana Aoi, Ai Yoshikawa, Jin Shirasu, Kaito Miyachika, dan Nene Otsuke. Kanna Hashimoto melakonkan karakter utama bernama Yuri Tozuka. Dia menjadi salah seorang pembunuh yang ada dalam siri lima episod ini.

Yuri berjumpa dengan seorang novelis dan memintanya untuk menulis cerita mengenai kejahatan yang dia lakukan bersama dua orang kawannya. Sewaktu di bangku sekolah, mereka membunuh seorang lelaki yang mahu menyerang mereka. Setelah membunuhnya, mereka terus terlibat dalam situasi yang memerlukan mereka membunuh.

3. Final Cut (2018)

bf41a2b0 ad35 47c6 a63b 2d359636fd98Sewaktu Keisuke Nakamura masih di sekolah menengah, ibunya dituduh membunuh seorang gadis. Kerana kejadian ini, ibunya telah bunuh diri. Dua belas tahun kemudian, Keisuke berusaha mencari tahu siapa yang bertanggung jawab atas kematian gadis ini sekaligus balas dendam atas kematian ibunya.

Siri ini sudah ditayangkan sebanyak 9 episod sejak 2018. Beberapa orang pelakon yang membintangi siri misteri ini adalah seperti Kazuya Kamenashi, Naohito Fujiki, Chiaki Kuriyama, Kento Hayashi, dan Yuya Takaki. Kanna Hashimoto membawa watak yang bernama Wakaba Ogawara.

4. Signal 100 (2020)

41a1f38c fe3e 4e3d 966a 76de1cdd7e83Sebanyak 36 orang pelajar terjebak dalam hipnotis bunuh diri oleh guru mereka. Ada 100 tanda yang akan membuatkan mereka bunuh diri, mula dari menangis, tertawa, hingga bermain telefon bimbit. Seorang demi seorang pelajar mati kerana bunuh diri.
Rena Kashimura, salah seorang pelajar kelas ini berusaha untuk menghentikan fenomena ini dan menyelamatkan rakan-rakan sekelasnya. Mampukah Rena menyelesaikan permainan yang mengerikan ini?

Filem berdurasi 88 minit ini diadaptasi dari manga karya Arata Miyatsuki dan Shigure Kono. Kanna Hashimoto membawa watak sebagai pelakon utama yang bernama Rena Kashimura. Dalam filem ini dia bergandingan dengan Yuta Koseki, Toshiki Seto, Shido Nakamura, Ayano Kudo, dan Tsukushi Suzuki. Filem tentang survival game ini memang wajib anda tonton!

5. Re/Member (2022)

58faf562 53b9 4515 bd02 78dd52dedfe5Pada 5 Julai, Asuka bertemu dengan gadis misteri di sekolahnya. Gadis itu memintanya untuk mencari tubuhnya. Kejadian aneh ini cukup mengejutkannya. Pada tengah malam, Asuka sedar bahawa dia telah kembali ke tarikh 5 Julai bersama lima orang kawannya.
Pertemuannya dengan gadis misteri pada 5 Julai ternyata menyebabkan mereka terjebak dalam permainan mencari bahagian tubuh mangsa yang telah dikerat-kerat. Mampukah enam pelajar ini menyelesaikan misteri pembunuhan keji ini?

Diadaptasi dari web novel karya Weizard, filem ini tampil dengan genre seram thriller dengan penceritaan misteri. Beberapa orang pelakon yang membintanginya adalah Gordon Maeda, Maika Yamamoto, Fuju Kamio, Kotaro Daigo, dan Mayuu Yokota. Watak utama bernama Asuka Morisaki dilakonkan oleh Kanna Hashimoto. Sesuai untuk anda yang meminati genre seram!

6. Once Upon a Crime (2023)

547316e3 b87d 4cb8 af91 6089b23fbcedApa akan terjadi jika gadis berselubung merah perlu memburu penjahat yang melakukan kejahatan dalam kisah hikayat dongeng, seperti Cinderella dan juga Hansel dan Gretel? Pengembaraannya dimulakan ketika bertemu dengan Cinderella dan pergi ke majlis tarian istana. Namun, malis tarian ini terganggu kerana putera raja dituduh telah membunuh seorang lelaki. Mampukah gadis berselubung merah itu memecahkan misteri ini?

Bukan hanya Kanna Hashimoto yang membawa watak sebagai gadis berselubung merah, beberapa orang pelakon utama yang membintangi filem yang berdurasi 105 minit ini adalah seperti Yuko Araki dan Takanori Iwata. Once Upon a Crime diadaptasi dari manga bertajuk Little Red Riding Hood Meets a Corpse on Her Journey karya Aoyagi Aito.

Khabarnya, Once Upon a Crime bakal ditayangkan di Netflix bermula 14 September 2023. Membawa genre fantasi, misteri dan komedi, filem ini pasti dinantikan ramai!

Baca lagi: 8 Filem Tentang Influencer dan Obsesi Viral
Baca juga: 10 Model Ini Didakwa Berjaya Kerana Nepotisme