Home K - Pop Sekian Lama Berahsia, Kang Gary Julung Kali Dedah Wajah Isteri Tercinta

[Gambar] Sekian Lama Berahsia, Kang Gary Julung Kali Dedah Wajah Isteri Tercinta

0

Sejak mengumumkan pengunduran diri daripada rancangan ‘Running Man’ kira-kira 3 tahun lalu, selebriti terkenal Korea Selatan iaitu Kang Gary pernah menyepi daripada industri hiburan. Tak lama selepas itu, timbul pula desas-desus yang menyatakan penyanyi rap tersebut telah mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita.

Walau bagaimanapun, dia mengambil keputusan untuk ‘menyorokkan’ identiti keluarga daripada perhatian ramai.Namun rata-rata peminatnya kini kembali ceria dengan kemunculan semula Gary ke dunia hiburan menerusi program realiti bertajuk ‘The Return of Superman’.

Menariknya, ia turut menonjolkan gelagatnya bersama anak lelaki yang bernama Kang Haoh. Sepanjang rakaman, dapat dilihat bahawa kanak-kanak tersebut merupakan seorang yang aktif, manja dan sangat menghiburkan. Julung kalinya dedah wajah isteri tercinta.

Capture 10

Baru-baru ini pula, gerangan wanita yang berjaya menambat hati Gary telah didedahkan buat kali pertama. Menerusi sedutan pendek yang disiarkan oleh produksi rancangan terbabit, beberapa keping foto ibu kepada Kang Haoh dipaparkan secara eksklusif sekali gus menjawab teka-teki ramai pihak selama ini.

Di samping itu, Gary turut membuat penjelasan berhubung keputusan drastik ketika kehilangan sementaranya beberapa tahun lalu. Selepas lebih 20 tahun aktif dalam industri seni, saya dibebani dengan tekanan yang hebat.

Sepanjang tempoh itu, saya telah berkahwin & memperoleh cahaya mata. Lantas, saya terus menyedari bahawa ‘bahagia’ itu adalah sesuatu yang dekat dengan diri saya saja.

Terdahulu, identiti isteri kepada bekas anggota Running Man tersebut pernah didedahkan sekitar 2017 oleh sebuah portal hiburan Korea Selatan. Selain merupakan salah seorang pekerja dari syarikat Gary, wanita yang dikenali sebagai Miss Kim itu juga dikatakan muda 10 tahun daripadanya.

a 10

Malahan, mereka juga melangsungkan perkahwinan secara rahsia tanpa sebarang majlis. Berikut pula adalah antara paparan yang menampilkan kelibat isterinya dalam program ‘The Return of Superman’ dikongsi oleh peminat.

 

Dah baca? Jangan lupa like, share dan comment yang baik-baik. Terima Kasih.

Sumber:Erinsakura