Bangunan dua tingkat berbentuk kamera Rolleiflex ini bukan photoshop, ia benar-benar ada di Korea Selatan.

2 1

Kafe Dreamy Camera merupakan sebuah kedai kopi dan muzium kamera miniatur. Kombinasi unik menjadikan tempat ini mesti dikunjungi sekiranya anda peminat fotografi dan latte.

Pemilik premis ini adalah seorang bekas juruterbang helikopter untuk tentera udara Korea Selatan. Beliau sekeluarga sukakan fotografi dan kamera, lalu timbul idea untuk buat satu tempat yang spesial bagi menumpahkan passion mereka di situ.

3 1

6

Akhirnya Dreaming Camera dibina bersebelahan dengan rumah. Duduk dan minum teh atau kopi sambil menikmati pemandangan dari tingkap lensa kamera ini memang merupakan nikmat yang tak dapat didustakan.

4

5

Tertarik untuk menikmati kopi di dalam kamera antik raksasa ini? Tunggu era pandemik ini habis, Insya-Allah.

Kredit gambar-gambar: Facebook page Dreamy Camera Cafe

Sumber:  mymodernmet

Previous articleSiti Sarah Selamat Melahirkan Anak Lelaki, Namun Keadaannya Kritikal
Next articleSiti Sarah Pergi Buat Selama-lamanya