Home Entertainment K-Netizen Pelik Macam Mana Seorang Kanak-Kanak Berusia 11 Tahun Boleh Debut

K-Netizen Pelik Macam Mana Seorang Kanak-Kanak Berusia 11 Tahun Boleh Debut

0

AfreecaTV berdepan kritikan hasil daripada rancangan survival baharu mereka “UPTOYOU” menunjukkan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun akan debut dalam kumpulan baharu.

Pada 21 Disember, pentas akhir untuk “UPTOYOU” telah ditayangkan, dan apa yang mengejutkan peminat adalah selepas mendapati Kim Rayul, seorang yang lahir pada tahun 2011, akan membuat penampilan sulung dalam kumpulan baharu tersebut.

1671661078 rayul

AfreecaTV menghadapi pelbagai kritikan selepas membenarkan kanak-kanak berusia 11 tahun itu menyertai rancangan itu.

Mereka kini menghadapi lebih banyak kritikan selepas mendapati kumpulan itu akan terdiri daripada ahli yang berusia lebih 21 tahun, dan perlu berurusan dengan seorang kanak-kanak yang baru berusia 11 tahun. Jurang umur yang begitu ketara boleh menjadi kelemahan utama bagi kumpulan itu.

Peminat juga kecewa selepas mengetahui bekas ahli ‘Saturday’, Chohee tidak akan membuat penampilan sulung dalam kumpulan itu walaupun menduduki tempat ke-2 pada separuh akhir manakala Kim Rayul naik dari tempat ke-19 kepada tempat ke-4 dalam masa beberapa hari.

Sesetengah penonton membuat spekulasi bahawa terdapat kemungkinan beberapa “penipuan” yang berlaku di belakang tabir.

Baca lagi: Ma Dong Seok Dan Dua Lagi Pelakon Terkenal Ini Dipilih Sebagai Pelakon Dengan ‘Akhlak Terburuk’

Baca lagi: Pelajar 19 Tahun Maut Dengan Tragis Selepas Membantu Seorang Nenek Dengan Menolak Troli

Sumber: [1]