Home Concert Junho 2PM Bakal Adakan Konsert Untuk Peminat

Junho 2PM Bakal Adakan Konsert Untuk Peminat

0

Jun-ho 2PM telah membuktikan bakat nya selepas debut sebagai pelakon dan juga tampil dengan beberapa projek hiburan yang popular.

Untitled design 99 696x522 1

Penyanyi dan pelakon itu dikhabarkan bakal menemui peminat dengan sebuah konsert, ‘Before MIdnight’ yang dijadualkan berlangsung pada 12 Ogos sehingga 14 Ogos, bertempat di SK Olympic Park ,Songpa-gu Seoul. Ia juga bakal disiarkan melalui atas talian, melalui saluran Beyond LIVE pada 14 Ogos akan datang.

Untitled design 100 696x522 1

Tiket penjualan sudah pun bermula pada 11 & 12 Julai yang lalu, dan bagi tiket ‘Fan-con’ yang khas buat peminat 2PM bagi peringkat ‘Gold’ dan ‘Silver’. Bagaimanapun, tiket telah dikhabarkan ‘Sold Out’, sejurus sahaja dia dibuka untuk jualan.

Persiapan juga telah dilakukan oleh Jun-ho bagi menemui penonton untuk konsert tersebut.

Sumber: KimchiDaily

Baca artikel terdahulu: Kai EXO serasi dengan Mijoo LOVELYZ?