Home Entertainment Jungkook BTS Bergabung Dengan Justin Bieber?

Jungkook BTS Bergabung Dengan Justin Bieber?

0

Jungkook BTS membuat rakaman di Los Angeles, Jungkook BTS disebut-sebut akan kolaborasi bersama Justin Bieber

Netizen dihebohkan dengan sebuah video rakaman Jungkook BTS yang dikongsi oleh pengurus Justin Bieber iaitu Scooter Braun, pada hari Isnin 10 April 2023. Video tersebut menonjolkan Jungkook yang sedang membuat rakaman bersama seorang lelaki yang mirip dengan Justin Bieber.

Seterusnya para peminat dari kedua-dua belah pihak beranggapan bahawa dua orang penyanyi dan pemuzik ternama itu akan berkolaborasi bersama-sama. Jom kita sama-sama lihat berita selengkapnya di bawah ini:

1. Jungkook BTS dilihat sedang membuat rakaman dengan seseorang yang mirip seperti Justin Bieber

Isu kolaborasi Jungkook BTS dan Justin Bieber tercetus daripada sebuah video singkat di laman Instagram Scooter Braun. Video tersebut menunjukkan pelantun lagu “Dreamers” itu sedang melakukan rakaman di studio dengan seserorang yang dijangka adalah suami Hailey Bieber tersebut. Andaian peminat-peminat juga semakin menjadi-jadi setelah menyedari bahawa video tersebut dikongsi tanpa sebarang suara (mute)..

31B0F240 F9FF 4427 BD94 07C0B54D59B0
2. Gambar Jungkook BTS bersama produser muzik Justin Bieber

Andaian para peminat semakin kuat apabila melihat perkongsian ketua HYBE iaitu Bang Si Hyuk, yang berkongsi gambarnya bersama Jungkook dan Andrew Watt pada hari Isnin. 10 April 2023. Sebagai maklumat, Andrew Watt adalah produser muzik yang telah menghasilkan banyak muzik hits para penyanyi dunia, salah seorangnya adalah Justin Bieber. Gambar yang dikongsi oleh Bang Si Hyuk itu juga dikatakan bertempat di studio milik Matt yang sering digunakan oleh Justin Bieber untuk menghasilkan muziknya.

Baca Lagi: Lee Sung Kyung & Kim Young Kwang Disyaki Bercinta Di Dunia Nyata

85B95C9F D1BB 4310 BEC8 87426CE73747
3. Pengurus Justin Bieber memberikan isyarat

Walaupun Justin Bieber tidak kelihatan dalam gambar dan video yang dikongsi oleh Scooter, caption yang digunakan oleh pengurus tersebut cukup memberi isyarat yang kuat buat ARMY dan Beliebers dunia.

“Selalu menyeronokkan untuk menyaksikan sejarah. Inilah saat-saatnya. Pasti sangat BESAR,” tulis Scooter dalam perkongsiannya pada Isnin lalu.

Caption tersebut seakan-akan mengesahkan projek akan datang yang akan menyaksikan kerjasama antara ahli kumpulan BTS itu dan juga Justin Bieber.

C3860540 7B9F 451E 8603 DB5E4414C492
4. Jungkook selalu menyanyi cover lagu Justin Bieber

Sudah tidak menjadi rahsia lagi bahawa Jungkook adalah salah seorang peminat Justin Bieber. Jejaka yang dilahirkan pada tahun 1997 itu selalu menyanyikan lagu-lagu Justin Bieber, seperti “2U” dan “10.000 Hours”. Dalam beberapa peluang ketika live di Weverse, Jungkook juga sering menyanyi lagu Justin Bieber.

Dikutip dari Billboard, Jungkook pernah mengaku secara terang-terangan bahawa Justin Bieber adalah idola yang menjadi inspirasi buatnya terus berkecimpung dalam dunia muzik dan seni hiburan.

Bagaimanapun sehingga waktu ini, masih belum ada pengesahan yang lebih lanjut mengenai lelaki misteri yang berada di dalam studio rakaman bersama Jungkook BTS. Kita tunggu dan lihat berita tergempar yang bakal dikongsikan tidak lama lagi!

Baca Juga: 10 Fakta Menarik Moon Sang Min Pelakon “Duty After School”