Home K - Pop Jung Joon Young, Bersara Dari Dunia Hiburan

Jung Joon Young, Bersara Dari Dunia Hiburan

0

Beberapa minggu yang lalu, seluruh dunia hiburan K-POP digemparkan dengan dakwaan bahawa Jung Joon Young telah merakam dan menyebarkan video seks secara haram.

Pada 21 Mac yang lepas, Mahkamah Daerah Pusat Seoul telah mengeluarkan waran tangkap terhadap penyanyi dan penulis lagu tersebut.

jjy

Lebih mengejutkan dia mengaku telah merakam video seks itu secara haram ke atas lebih 10 orang wanita dan menyebarkan di ‘group chat’ Kakao Talk. Dia semasa sidang akhbar telah memohon maaf secara terbuka dan menyesal dengan perbuatannya itu.

Selain Jung Joon Young, beberapa artis lain yang turut terlibat dalam jenayah ini termasuklah Seungri Big Bang, Lee Jong-hyun CNBlue, Choi Jong-hoon FT Island dan Yong Jun-hyung dari kumpulan Highlight.

Berikutan kes ini Jung Joon Young, Seungri, Choi Jong-Hoon dan Yong Jun Hyung telah memutuskan untuk bersara dari dunia hiburan sekaligus memberi tamparan hebat terhadap peminat yang selama ini memberi sokongan terhadap mereka.

MAKEUS Entertainment juga mendapat tempias dan memutuskan untuk menamatkan kontraknya yang baru saja ditandatangani bulan Januari yang lepas.

Hmm tu lah, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. ..