Home Entertainment Jung Ji So Bawa Watak Utama Dalam Miss Granny Versi Kdrama

Jung Ji So Bawa Watak Utama Dalam Miss Granny Versi Kdrama

0

Populariti Jung Ji So semakin meningkat sejak membawa watak sebagai karakter muda Moon Dong Eun yang dilakonkan juga oleh Song Hye Kyo dalam drama The Glory. Dia berjaya menonjolkan rasa sakit yang dideritai oleh karakternya kepada para penonton dengan baik sekali.

A1E2664F 4221 402F 8E26 90686ECB7DBA

Pelakon ini semakin laris kini projek lakonan terbarunya semakin bertambah. Apakah watak selanjutnya yang dipilih oleh Jung Ji So?

Khabar gembira berhembus bahawa filem Miss Granny akan dibikin dalam versi drama siri dan Jung Ji So akan memainkan peranan watak utamanya.

 


1. Sinopsis filem Miss Granny (2014)

Miss Granny adalah filem fantasi dan komedi tentang anita warga emas yang berusia 74 tahun yang tiba-tiba berubah perwatakan dah kembali menjadi gadis yang berusia 20 tahun. Keajaiban itu dialami oleh Oh Mal Soon (Na Moon Hee) setelah keluar dari studio gambar misteri.

F952647F A1BA 4B06 851A 1599B87CD324

Padahal pada waktu itu dia mengambil gambar untuk upacara pemakamannya sendiri yang mungkin akan berlaku bila-bila masa. Selepas menyedari perubahan dirinya semasa berada di dalam bas, Oh Mal Soon cuba untuk mencari kembali studio gambar tersebut tetapi gagal.

Baca Lagi: Siapakah Donnie Yen Kepada John Wick Dalam John Wick Chapter 4?

Lebih parah kerana dia tidak boleh pulang ke rumah dan memutuskan untuk menggunakan identiti baru iaitu Oh Doo Ri (Shim Eun Kyung). Oh Doo Ri kemudiannya bertemu dengan cucunya iaitu Ban Ji Ha (Jinyoung B1A4). Ji Ha yang terpegun mendengar kemampuan nyanyian luar biasa Oh Doo Ri mengajaknya untuk menyertai band muziknya tanpa dia ketahui Oh Doo Ri adalah neneknya.

Kesempatan itu digunakan oleh Oh Doo Ri untuk membantu karier muzik cucunya. Bukan hanya itu, dia juga mengambil kesempatan yang ada untuk mengejar kembali impiannya untuk menjadi penyanyi yang pernah terkubur kerana keadaannya yang tidak mengizinkan.

2. Miss Granny pernah diulang tayang di beberapa buah negara

Miss Granny yang ditayangkan pada tahun 2014 ini masih berada di tangga ke-36 dalam senarai filem Korea terlaris sepanjang masa.
Dengan alur cerita yang menarik dan menyentuh hati, film arahan sutradara Hwang Dong Hyuk tersebut beberapa kali dibikin remake dalam versi pelbagai negara, seperti China, Vietnam, Jepun, Thailand, Indonesia, Filipina, dan juga dan tidak ketinggalan India pada tahun 2019.

3. Jung Ji So didapuk sebagai pemeran utama versi drama

Karakter Oh Doo Ri, nenek berusia 74 tahun yang kembali menjadi gadis 20 tahun ini begitu berbekas di ingatan setiap penonton setia filem Miss Granny. Walaupun tampil muda tetapi gaya percakapan dan tingkah lakunya masih sama seperti seorang nenek.

554A11B9 B992 4706 A4C9 C9C960AF0B0ELakonan hebat oleh Shim Eun Kyung memang patut dipuji sewaktu membawa watak sebagai Oh Doo Ri. Dalam versi drama siri kali ini, karakter tersebut akan dimainkan oleh Jung Ji So yang kini sedang hangat menjadi bualan ramai kerana lakonan hebatnya drama siri The Glory.

 


4. Bakat lakonan dan nyanyian Jung Ji So penarik utama untuk Kdrama ini

Mengenai pengalaman dalam dunia lakonan, Jung Ji So sendiri bukanlah nama baru dalam industri hiburan Korea Selatan. Pelakon ini bermula sebagai pelakon cilik yang debut pada tahun 2012 dan selepas itu semakin aktif membintangi deretan drama siri dan filem.

EA74DB7C F544 4C9F 87E2 8B0EEE469F2DBukan sahaja hebat dalam dunia lakonan,rupa-rupanya Jung Ji So juga berbakat dalam dunia nyanyian. Pelakon yang dilahirkan pada tahun 1999 ini menyertai kumpulan projek WSG Wannabe iaitu dalam sub-unit Gaya-G yang dibentuk dari program Hangout with Yoo.

Mengingatkan watak Oh Doo Ri yang akan dilakonkannya yang mempunyai kemampuan vokal yang luar biasa, Jung Ji So membuatkan para penonton semakin bersemangat dan tidak sabar-sabar menunggu Miss Granny versi drama siri.

5. Penggambaran akan dilakukan dengan segera

Nampaknya para peminat masih perlu menunggu untuk menonton drama siri Miss Granny. Sehingga saat ini senarai pelakon-pelakon lain masih belum disahkan. Khabar terbaru hanya menyebutkan bahawa proses penggambaran akan dilakukan segera pada tahun 2023.

09C2B5C0 2A88 4EAC BA3A E46EC7670B6APasti ramai peminat setia filem Miss Granny tidak sabar-sabar untuk menunggu tayangan versi Kdrama. Jika masih ada yang belum menonton filem ini, boleh terus berbuat demikian untuk merasakan kehebatan setiap karakter dan jalan cerita yang dipersembahkan!

Baca Juga: Adegan Buli Drama Korea The Glory Diinspirasikan Dari Kisah Benar