Hampir sebulan berlalu, nampaknya demam Squid Game masih belum kebah, termasuk penangan populariti para pelakon drama siri Korea Selatan berkenaan.

Dalam masa singkat, aktres pemegang watak pemain no. 067 meraih sejumlah pengikut dalam Instagram paling ramai di Korea waktu ini.

Terkini, Jung Ho-yeon yang juga asalnya model sebelum melebarkan sayap di skrin telah dilantik duta global jenama mewah, Louis Vuitton bagi kategori fesyen, jam dan aksesori.

Memetik laporan Kosmo, pemilihan Ho-yeon dilakukan dan diputuskan sendiri Pengarah Kreatif jenama tersebut, Nicolas Ghesquiere.

“Jujur saya terus jatuh cinta dengan bakat dan keperibadian hebat Ho-yeon.

“Saya tidak sabar untuk memulakan babak baru dalam perjalanan yang kami mulakan di Louis Vuitton beberapa tahun yang lalu bersama Ho-yeon,” tulisnya pada hantaran yang dimuat naik dalam Instagram rasmi jenama mewah tersebut.

Rata-rata peminat memuji kecantikan Ho-yeon mengenakan busana berwarna putih sambil memegang beg tangan berwarna hitam jenama tersebut.

Untuk rekod, Squid Game yang dibintangi pelakon handalan Korea Selatan seperti Lee Jung-jae, Park Hae-soo, Jung Ho-yeon, Lee Byung-hun dan Gong Yoo menceritakan tentang 456 peserta dengan masalah hidup tersendiri direkrut dalam sebuah permainan kanak-kanak yang meragut nyawa.

Squid Game turut melakar sejarah manis apabila menjadi tempat pertama bagi 90 buah negara yang menggunakan Netflix.

Previous articleSurat Terbuka Hrithik Roshan Untuk Anak Shah Rukh Khan
Next article7 Trivia Menarik Tentang Anime Yang Anda Kena Tahu