Home Video Jumpa Pakcik ‘Nyanyuk’ Pukul 5 Pagi Di Tepi Jalanraya, Keadaannya Buat Ramai...

Jumpa Pakcik ‘Nyanyuk’ Pukul 5 Pagi Di Tepi Jalanraya, Keadaannya Buat Ramai Yang Sebak

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok syakirbelon4.0, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan sekumpulan lelaki temui seorang pakcik yang berada di tepi jalan raya dalam keadaan kesejukan, kira jam 5 pagi. Setelah mereka berhenti untuk bertanya jika memerlukan bantuan, rupanya pakcik ini kemalangan akibat jalan licin. Dikatakan oleh salah seorang mereka juga, pakcik ini dalam perjalanan untuk berjumpa dengan anaknya. Namun ada yang mereka perasan bahawa pakcik ini juga seperti ‘nyanyuk’.

Selain itu, pakcik ini juga mengalami kecederaan dan mereka turut memujuk beliau untuk hantar ke balai polis untuk dibantu lebih lanjut.

Screenshot 2023 09 08 083119
(Gambar hiasan)

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan berasa sebak apabila melihat keadaan pakcik ini dalam keadaan basah dan kesejukan. Ada juga yang berkongsi cerita di mana mereka juga mempunyai bapa ‘Alzheimer’, serta bimbang jika beliau keluar daripada rumah tanpa pengetahuannya. Netizen juga mendoakan semoga Allah membalas kebaikan mereka ini dan dimurahkan rezeki atas membantu pakcik ini.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 653.5K penonton, 72.9K sukaan dan 1916 komen.

Baca lagi: Dia Yang Beli Barang Dari China Tapi Kurier Pula Dipersalahkan, Sekali Lelaki Ini Beri Respon Buat Pakcik Ini Terdiam

Baca lagi: Lelaki Tiba-Tiba Berjalan Ke Arah Kereta Dan Cuba Buka Pintu, Lihat Apa Tindakan Wanita Ini

Lihat klip durasi pendek reaksi pakcik ini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Lihat juga video dibawah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@Mama aisy : Allahu sedihnya terbayang klau itu ayah kite , tq org baik

@jaddatunadam: Ayah Saya Alzheimer 2bln sebelum meninggal dunia. Kami cukup takut dia keluar Macam Ni.

@HRyayu: Bagus aiman n kawan2 semoga dipermudahkan urusan pakcik tu dan urusan aiman

@Qaseh Ashahah: terima kasih tolong pakcik tu..semoga kalian dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yg baik amen

@effamuhaidin: sumpah aku x boleh tengok orang tua² yg kesusahan , aku selalu terbayang kalau² itu ABAH aku

@AziE 86: sedihnya tgok trima ksih org baik sbb tlong pak cik tu tetiba air mata mngalir tringat aruah ayh saya telah kembli pda mha pencipta 12.6 br2 ni

@norapijat: t.kasih org baik…semoga Allah membalasnya kebaikan adik2 semua

@p e e r a: semoga pakcik tu baik baik je , terima kasih orang baik

@bettyfaya: Semoga kamu semua dilimpahi rezeki yg mengalir seperti sungai yg mengalir dan sentiasa dapat tolong org2 lain yg memerlukan pertolongan.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram