Home News Jumpa Duit Sebanyak RM130 Ribu Dalam Kotak, Sekali Tindakan Lelaki Ini Buat...

Jumpa Duit Sebanyak RM130 Ribu Dalam Kotak, Sekali Tindakan Lelaki Ini Buat Ramai Yang Tak Sangka

0

Seorang pengutip kotak terbuang terkejut selepas mendapati salah satu kotak yang ditemuinya mengandungi wang tunai berjumlah RM133,300 sebaik membuka kotak terbabit di rummahnya di Batu 5 Jalan Apas.

Menurut lelaki berkenaan yang bekerja sebagai pemandu lori, Bahar Rauf sekaan tidak percaya dengan kejadian itu hingga membuatkannya memanggil ahli keluarganya untuk mengesahkan wang tunai yang ditemuinya.

“Saya berasa pelik kerana kotak itu agak berat berbanding kotak lain, dan selepas membukanya pula saya terkejut kerana terdapat tiga bungkusan besar yang mengandungi wang tunai di dalamnya”

Screenshot 2023 06 20 223013

Walaupun menemui wang dengan jumlah yang agak besar sedemikian, beliau bertekad untuk menyerahkan wang itu kepada pihak polis di IPD Tawau untuk dikembalikan kepada pemilik asal.

Menceritakan pengalamannya pada hari kejadian dan rutin hariannya pula, beliau turut mengatakan sekadar menjalankan rutian harianyya mengelilingi pusat bandar mencari kotak-kotak terbuang untuk dijual pada hari berkenaan.

“Kotak-kotak kosong yang saya kutip dijual kepada kilang barangan lusuh sebagai pendapatan sampingan sejak lima tahun lalu”

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Ibrahim Chin yang dihubungi pula mengesahkan mengenai kes itu dan memaklumkan bahawa wang terbabit telahpun diserahkan kepada pemilik asal.

Mengulas lanjut, Ibrahim meuji kejujuran dan sikap amanah Bahar kerana tidak mengambil kesempatan walaupun menemui dengan jumlah yang agak besar sedemikian.

Sikap Bahar inilah sepatutnya dicontohi, di mana beliau bersikap jujur apabila temui wang berjumlah tinggi serta tidak mengambil satu sen pun pada duit tersebut.

Semoga info ini bermanfaat untuk anda!

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: SarangBurung