Home News Jual Duit Lama RM1 Dengan Harga RM1500 Keatas, Lelaki Ini Tunjuk Duit...

Jual Duit Lama RM1 Dengan Harga RM1500 Keatas, Lelaki Ini Tunjuk Duit Lama Yang Boleh Dijual

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok mohdsharif_raman, dan telah ditular baru-baru ini.

Duit lama RM1 kini menjadi popular di mana beberapa pembeli yang sanggup membelinya dengan nilai yang tinggi, atau dikenali sebagai numismatik.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana seorang lelaki menerangkan dan membuat pembezaan duit lama RM1 yang beliau terima. Lelaki ini mengatakan beliau hanya menerima duit lama RM1 yang mempunyai nombor siri bermula dengan huruf ‘CR’ dan nombor ’72’ sahaja.

Di hadapan duit tersebut juga mestilah mempunyai tandatangan Aisyah. Beliau turut menyatakan bahawa ramai yang salah sangka duit RM1 yang ditandatangani bernama Zeti Aziz itu berharga dan mahal.

Lihat klip durasi pendek dibawah:

@mohdsharif_raman Duit RM1 Aisyah (Ali Abul Hassan) #duitaishah #viral_video #viraltiktok #numismatik #viral #membeliduitlama #duitrare #duitlamamalaysia #fypシ #fypシ゚viral #fypp #fypdongggggggg ♬ Harapan – Wings

Wang kertas RM1 tidak mempunyai nilai yang tinggi sehingga mencecah RM12,000 kecuali atas sebab-sebab numismatik (contohnya: solid numbers, wang gantian pertama dll). Walaubagaimanapun, jika wang kertas anda itu buruk, kotor dan berlipat jangan haraplah nak dapat harga yang setinggi itu.

Wang kertas 1 Ringgit yang bernilai tinggi yang dimaksudkan oleh warga numismatik adalah wang 1 Ringgit Aishah atau wang kertas ditandatangani oleh Allahyarham Tan Sri Dato’ Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) yang ke-6, pemilik sebenar tandatangan yang dikatakan sebagai tandatangan Aishah.

Screenshot 2023 06 08 203155

Kalau ada yang beli dengan harga sebegitu, kira rezeki anda lah. Namun ada juga yang hanya ingin menyimpan duit lama sebagai koleksi di rumah.

Perkongsian video klip di Tiktok ini juga telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 145.4K sukaan dan 6249 komen.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok