Home News Jisoo Blackpink dan Ahn Bo Hyun Telah Menamatkan Hubungan Mereka

Jisoo Blackpink dan Ahn Bo Hyun Telah Menamatkan Hubungan Mereka

0

Jisoo BLACKPINK dan Ahn Bo Hyun Sah Berpisah!

Khabar duka menghebohkan dunia hiburan dari ahli BLACKPINK, Jisoo. Mana tidak, baru sahaja beberapa bulan dihebohkan menjalin asmara cinta, kini Jisoo dan Ahn Boh Hyun dikhabarkan telah memutuskan hubungan mereka.

Pada 24 Oktober, wakil industri melaporkan, “Hubungan Jisoo Blackpink dan Ahn Bo Hyun menjadi renggang kerana jadual mereka yang padat, dan akhirnya mereka memutuskan untuk mengakhiri hubungan mereka baru-baru ini.”

Berita menggemparkan tersebut telah disahkan oleh YG Entertainment selaku agensi yang menaungi Jisoo. Agensi tersebut mengakui perpisahan tersebut kepada SPOTV News.

Sebagai tindak balas kepada laporan itu, agensi BLACKPINK YG Entertainment mengesahkan, “Memang benar bahawa Jisoo dan Ahn Bo Hyun sudah putus.”

Jisoo Blackpink

Sebelum ini telah didedahkan bahawa Jisoo dan Ahn Bo Hyun menjalinkan hubungan pada bulan Ogos. Baca kisah percintaan mereka sebelum ini disini Ahn Bo Hyun dan Jisoo BLACKPINK Disahkan Sedang Bercinta

Jisoo

Walaupun sudah berpisah, Jisoo dan Ahn Bo Hyun menyatakan tetap menjalin hubungan baik sebagai rakan artis dan saling membantu serta menyokong satu sama lain.

Apapun keputusan mereka, sebagai peminat kita hanya mampu mendoakan kebahagian dan karier mereka semakin sukses!

Dalam setahun terakhir ini, jadual Jisoo Blackpink sememangnya sangat padat dan disibukkan dengan tour keliling dunia ‘BLACKPINK Born Pink World Tour”, bersama Jennie, Rosé dan Lisa.

Terbaru, Jisoo sedang dalam pertimbangan untuk pembaruan kontrak BLACKPINK dengan YG Entertainment. Sedangkan, Ahn Boh Hyun pula akan menemui semula penonton dengan filem terbarunya bertajuk ‘Noryang: Sea of Death’ yang akan ditayangkan pada bulan Disember 2023 ini.

Noryang: The Sea of Death adalah karya terakhir dalam trilogi pertempuran Laksamana Yi Sun Shin karya Kim Han Min. Filem ini diangkat dari Pertempuran Noryang yang terjadi pada 16 Disember 1598. Kim Yun Seok yang membawa watak sebagai Yi Sun Shin menggantikan Choi Min Sik dan Park Hae Il pada dua filem sebelum ini. Manakala Ah Bo Hyun akan membawa watak pembantu dalam filem perang ini.

Sumber (Naver)

 

Baca lagi: 2 Skandal Lama Ahn Bo Hyun Diungkit Semula, Peminat Risaukan Jisoo

IMG 9870

Baca juga: Jisoo dan 5 Selebriti Lelaki Yang Berdigosipkan Bersama