Home Entertainment Jinyoung GOT7 Bakal Membintangi Filem Psikologi Thriller ‘Christmas Carol’

Jinyoung GOT7 Bakal Membintangi Filem Psikologi Thriller ‘Christmas Carol’

0

Park Jin-young atau lebih glamor dipanggil Jinyoung daripada boyband K-pop GOT7, akan memainkan peranan utama dalam filem thriller psikologi “Christmas Carol” yang dijadualkan mula penggambaran awal tahun depan.

Adaptasi daripada buku penulis Joo Won-kyu, filem ini mengisahkan Joo Il-woo yang masuk ke sebuah pusat tahanan remaja untuk membalas dendam atas kematian saudara kembarnya, Wol-woo.

Pelakon dan penyanyi itu akan pegang watak kedua-dua saudara kembar itu yang merupakan pengalaman pertama baginya.

“Saya teruja bercampur cemas untuk penggambaran kali ini kerana saya harus pegang kedua-dua watak sekali gus untuk setiap adegan. Oleh kerana ia adalah adaptasi buku-ke-filem, saya akan buat yang terbaik untuk menggambarkan watak seperti dalam karya asalnya,” katanya.

Lakon layar untuk “Christmas Carol” ditulis oleh Kim Sung-soo, pengarah di sebalik tabir drama “Save Me” musim pertama filem “Running Wild” (2006) dan “Genome Hazard” (2014).

“Filem ini mengenai kisah balas dendam daripada remaja yang cuba melarikan diri dari dunia dewasa,” kata penulis dan pengarah tersebut.

Jinyoung kini membintangi drama tvN, “Yumi’s Cell,” adaptasi daripada kartun web popular dengan judul sama. Dalam siri ini, dia berperanan sebagai Yoo Ba-bi, rakan sekerja Yu-mi (Kim Go-eun) di sebuah syarikat makanan.

Sumber: [1]