Home K - Pop Ji Suk Jin Imbas Kembali Persahabatannya Yang Lama Dengan Yoo Jae Suk

Ji Suk Jin Imbas Kembali Persahabatannya Yang Lama Dengan Yoo Jae Suk

0

Ramai penonton mengenali Ji Suk Jin dan Yoo Jae Suk sebagai ahli ‘Running Man’, dan dalam episod pada 15 Februari,  ‘Hangout with Yoo’,ia telah menampilkn Ji Suk Jin, Lee Kwang Soo dan Jo Se Ho membincangkan tentang hubungan mereka bersama ‘MC terkemuka’ Yoo Jae Suk.

2 11

Ji Suk Jin berkata semasa temuduga bersama produser, “Saya rapat dengan Yoo Jae Suk sejak 1991. Walaupun saya tidak melakukan apa2, ia takkan menjadi bosan bila bersama Jae Suk. Semasa dia masih lagi tidak terkenal, kami pernah bercuti ke Busan sekali. Itu tejadi pada 30 tahun yang lepas, dan kami membayar 5000 won (RM17.50) untuk tinggal di tempat yang kecil.”

Lee Kwang Soo juga berkongsi tentang bagaimana dia boleh mengenali Yoo Jae Suk. Dia memberitahu, “Saya debut dalam sebuah sitkom. Saya rasa saya kenal dia sudah 10 tahun. Dia cakap dengan saya secara tidak rasmi di dalam bilik air.”

Jo Se Ho pula berkata, “Saya rapat dengan dia apabila saya hadir dalam satu show ‘Come to Play’ dengan dia. Kami bersembang dalam telefon 3 kali seminggu.”

1 10

Korang tengok tak ‘Hangout with Yoo’?

Dah baca, jangan lupa like, share, dan komen yang baik-baik. terima kasih

Sumber: allkpop