Home K - Pop Tak Sangka! Jennie Blackpink Membalas Mesej Permintaan Dari Peminatnya Di Malaysia.

Tak Sangka! Jennie Blackpink Membalas Mesej Permintaan Dari Peminatnya Di Malaysia.

0

Sebut sahaja Blackpink, pasti terlintas lagu-lagu rancak nyanyian kumpulan yang dianggotai empat gadis dari Korea Selatan itu.

Mengetengahkan muzik yang lebih segar, maka tidak hairanlah ramai anak muda menggilai kumpulan berkenaan.

Bagi mereka yang tergolong sebagai peminat tegar Blackpink, pasti berasa amat bertuah sekiranya mendapat perhatian daripada mana-mana ahli kumpulan berkenaan, sebagaimana pengalaman yang dikongsi oleh remaja lelaki ini.

blackpink 2

Pada 16 Januari lepas, Syawal sendiri telah menghantar mesej kepada Jennie melalu Instagram memberitahu mereka berkongsi tarikh hari lahir yang sama. Jadi Syawal berharap Jennie perasan mesej tu dan wish dia happy birthday.

Menerusi perkongsian di Twitter, Syawal telah memuatnaik tangkap layar perbualan di Direct Message (DM) menunjukkan mesej yang dihantar oleh salah seorang anggota kumpulan tersebut, Jennie, kepada dirinya.

jennie2

Bila Syawal post dekat Twitter, ramai jugalah yang terkejut bila nampak Jennie balas DM dia tu. Lepas tu, posting Syawal terus viral dekat Twitter. Bahkan disebabkan posting tersebut juga turut mengundang komen berbaur cemburu daripada netizen.

“Untungnya,” tulis seorang pelayar.

“Anda sangat bertuah,” tulis seorang pelayar yang lain pula.

Muhammad Alif Syawal Nordin ada mendedahkan bahawa tangkapan layar mesej berkenaan bukanlah asli sebaliknya ia disunting oleh seorang rakannya. Dimana mesej itu disunting oleh rakan Syawal seolah-olah ia daripada Jennie, salah seorang anggota kumpulan Blackpink.

Ujarnya, posting tersebut dibuat bertujuan suka-suka untuk dikongsi bersama rakan-rakannya di Twitter, namun tidak menyangka ‘gurauan’ itu menjadi tular sekali gus mencetuskan rasa cemburu dalam kalangan netizen.

jennies 3

Antara komen daripada netizen yang ‘cemburu’ apabila Syawal mendapat ucapan daripada ‘Jennie’.

“Namun, selepas saya buat penjelasan, mujur tiada yang kecam tapi ada yang komen berbaur marah sedikit. Saya tak bermaksud apa pun, cuma nak bergurau dengan kawan-kawan.” – Muhammad Alif Syawal Nordin.

“Yang sebetulnya tarikh hari lahir saya memang jatuh pada 16 Januari dan kebetulan sama dengan Jennie. Jadi timbul idea untuk membuat suntingan konon-kononnya Jennie ucapkan selamat hari lahir kepada saya.

“Jadi saya minta bantuan seorang seorang rakan untuk membuat suntingan kerana dia pernah buat sebelum ini. Saya kemudian muat naik di Twitter kerana nak bergurau dengan rakan-rakan saja, tak sangka ia mendapat perhatian ramai,” ujar remaja berusia 19 tahun ini.

Menurutnya, selepas memuatnaik posting berkenaan, dia turut membuat posting berasingan yang meminta pelayar agar tidak mempercayai perkara itu.

Ramai netizen tertipu dan bila mereka dah sedar screenshot tu tipu masing-masing tinggalkan komen dekat Twitter. Tapi, ada juga yang memang tahu Syawal bergurau, so dorang tak tertipu dan dah boleh agak benda tu tak real.

jennie9

Kumpulan Blackpink dari Korea Selatan mencetuskan fenomena pada masa kini. Jadi ada la peminat Blackpink yang sampai DM Syawal.

“Tapi agaknya mereka tak perasan saya tulis ‘look can, trust no’ (lihat boleh, percaya jangan). Sampai ramai yang komen luahkan rasa tak percaya dan cemburu dengan ‘balasan’ Jennie itu. Malah beberapa peminat tegar kumpulan Blackpink termasuk dari Filipina ada komen dan DM saya.

“Jadi saya balas dan jelaskan kembali kepada mereka mengenai keadaan sebenar. Selepas saya buat penjelasan, mujur tiada yang kecam tapi ada yang komen berbaur marah sedikit. Saya tak bermaksud apa pun, cuma nak bergurau dengan kawan-kawan. Saya minta maaf kepada yang fikirkan mesej Jennie itu betul,” ujarnya yang merupakan seorang penuntut Asasi Kejuruteraan di sebuah institusi pengajian tinggi awam di Selangor.

Dalam pada itu, Syawal berkata dia bukanlah peminat fanatik Blackpink, cuma kebetulan berkongsi tarikh hari lahir yang sama dengan salah seorang ahli kumpulan tersebut.

“Nak kata minat Jennie atau Blackpink tu, tidak sangat. Hanya biasa-biasa sahaja. Tapi saya tahu lagu-lagu kumpulan itu. Kalau ditanya muzik kegemaran, saya ‘layan’ saja semua lagu, artis kesukaan pun tiada, hanya minat biasa-biasa sahaja,” katanya sambil menambah, kesan daripada postingnya yang tular itu, jumlah pengikutnya di Twitter berlaku sedikit peningkatan.

“Bagi saya, tak salah pun untuk minat artis, tapi usahlah terlalu fanatik sampai kalau ada yang ‘sentuh’ artis kesukaan mereka, terus melenting. Minat biarlah berpada-pada,” ujarnya mengakhiri bicara.

Dah baca.? Tolong like dan komen yang baik-baik ye. Terima Kasih.

Sumber: MStar/Lobak Merah