Home Reality Show Jenayah Siber Kontroversi ‘Nth Room’ Diangkat Jadi Filem Dokumentari Netflix

Jenayah Siber Kontroversi ‘Nth Room’ Diangkat Jadi Filem Dokumentari Netflix

0

Kes ‘Nth Room’ pernah menggemparkan Korea pada akhir tahun 2020 lalu. ‘Nth Room’ merujuk kepada grup chat di aplikasi Telegram yang dibuat untuk mengedar video eksploitasi seksual remaja bawah umur.

Jenayah siber yang turut menjadi perhatian dunia ini akan diangkat menjadi film dokumentari Netflix yang akan dikeluarkan pada bulan depan.

Pada 20 April, Netflix mengeluarkan teaser Cyber ​​​​Hell: Destroy the Nth Chatroom, sebuah film dokumentari yang meneroka insiden ‘Nth Chatroom’ dan mendedahkan kejahatan para pelaku menerusi temu bual dengan 24 orang yang mengendalikan kes tersebut termasuk polis, wartawan dan penerbit.

Penjenayah Nth Room mencipta ‘ruang sendiri’ di dunia maya tanpa mendedahkan identiti sebenar. Di sebalik topeng ID anonymous, mereka melakukan perkara keji seperti jenayah seksual siber, ugutan dan transaksi haram menggunakan wang kripto.  Suatu jenayah moden yang tidak pernah dibayangkan sebelum ini.

rr

Choi Jin Seong, pengarah Cyber ​​​​Hell: Destroy the Nth Chatroom, berkata, “Mungkin satu Korea sudah tahu tentang insiden Nth Room. Namun setelah menonton filem dokumentari ini, saya berpendapat realiti yang mereka tahu tentang peristiwa tersebut hanyalah puncak aisberg.”

Berdasarkan laporan Terkinni, pasukan penyelidik turut mengungkapkan bahawa kaedah jenayah mereka jauh lebih kompleks dan canggih berbanding apa yang diketahui umum menerusi berita.

Cyber ​​​​Hell: Destroy the Nth Chatroom dilaporkan akan ditayangkan pada 18 Mei nanti.

https://www.youtube.com/watch?v=bdI8mkAL_-Q&t=71s