Home News Jangan Dah Sakit Baru Nak Jaga, Ini 9 Cara Penjagaan Buah Pinggang

Jangan Dah Sakit Baru Nak Jaga, Ini 9 Cara Penjagaan Buah Pinggang

0

Buah pinggang sememangnya memainkan peranan penting sebagai penapis sisa metabolime, mengawal cecair dan sel darah merah serta mengawal tekanan darah.

Bagaimanapun, apabila seseorang gagal menjaga buah pinggang dengan baik, risiko lain akan berlaku seperti mengalami penyakit buah pinggang, buah pinggang tersembut ekoran pengambilan ubat kecantikan hinggakan buah pinggang terpaksa ditukar.

Umum diketahui, buah pinggang antara organ penting di dalam badan. Oleh itu, anda disarankan setiasa mengikuti tips penjagaan buah pinggang dengan mengamalkan rutin harian yang baik untuk mengelakkan risiko penyakit.

Dalam pada itu, terdapat beberapa tabiat baik untuk menjaga buah pinggang yang boleh dilakukan setiap hari seperti dibawah ini.

Baca lagi: Ini Cara Mudah Hilangkan Bau Busuk Dalam Kereta Anda, Hanya Guna 4 Bahan Je

Baca lagi: Ayam KFC Berbau Hanyir, Wanita Ini Luah Rasa Kesal Dengan Layanan Teruk Dari Manager

Lihat juga video dibawah:

1. Minum Air

Screenshot 2023 08 23 151504

Buah pinggang adalah sistem penapisan utama darah dalam badan, oleh itu bekalan cecair dalam tubuh mestilah mencukupi memudahkan prestasi buah pinggang apabila mengeluarkan bahan buangan daripada aliran darah.

Jika pengambilan cecair dalam badan kurang, buah pinggang bekerja lebih keras dan mencetuskan kecederaan yang membuka peluang untuk penyakit buah pinggang kronik.

2. Pengambilan Garam

Screenshot 2023 08 23 151518

Pengambilan garam tinggi boleh mengurangkan fungsi buah pinggang dan meningkatkan jumlah protein dalam air kencing yang tidak bagus untuk kesihatan tubuh.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), had yang disyorkan untuk pengambilan garam setiap orang sehari ialah 2,400mg atau 1 sudu teh.

3. Periksa Fungsi Buah Pinggang

Screenshot 2023 08 23 151532

Cara seterusnya untuk mengekalkan kesihatan buah pinggang adalah dengan melakukan pemeriksaan berkala. Pemeriksaan boleh dilakukan dengan menguji air kencing, urea, kreatinin darah, dan kadar penapisan glomerular (GFR) untuk melihat keupayaan buah pinggang menapis sisa metabolisme.

Anda juga disarankan berunding dengan doktor untuk memeriksa keadaannya serta menerima rawatan khas jika tindakan susulan diperlukan.

4. Kerap Bersukan

Screenshot 2023 08 23 151548

Rajin bersenam dan melakukan pelbagai aktiviti sihat yang banyak memerlukan tenaga dan pergerakan tubuh amat berfaedah dalam melancarkan perjalanan darah dalam badan.

Selain itu, senaman juga membantu membakar kalori supaya dapat mengelakkan berat badan berlebihan dan obesiti disamping mengelakkan risiko penyakit buah pinggang.

5. Ubat Tahan Sakit

Screenshot 2023 08 23 151602

Bagi memastikan keadaan buah pinggang supaya berada dalam kondisi yang baik, anda disarankan untuk mengehadkan pengambilan ubat tahan sakit.

Ini kerana, ubat tahan sakit yang diambil secara berlebihan dan tanpa pengawasan doktor sangat berisiko untuk kerosakan tisu buah pinggang.

6. Elakkan Merokok dan Minum Alkohol

Screenshot 2023 08 23 151616

Anda juga perlu mengelak dari menghisap rokok dan ketagihan merokok, ia bukan sahaja membahayakan kesihatan, malah boleh membawa maut.

Begitu juga dengan seseorang yang terlalu banyak minum alkohol boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang kronik.

7. Makanan Berkhasiat

Screenshot 2023 08 23 151627

Selain memenuhi pengambilan cecair dalam badan, pastikan anda mengimbanginya dengan pengambilan makanan berkhasiat yang mencukupi.

Atas dasar itu, makanan terbaik untuk buah pinggang boleh didapati daripada putih telur, kacang merah, bawang putih, minyak zaitun atau cranberry.

8. Gula Dalam Darah
Screenshot 2023 08 23 151639

Kandungan gula dalam darah mestilah sentiasa dikawal untuk mengelakkan risiko diabetes atau penyakit kronik yang lain.

Pun begitu, jumlah gula dalam darah yang tidak terkawal dalam badan terdedah kepada gangguan termasuk komplikasi buah pinggang.

9. Tekanan Darah

Screenshot 2023 08 23 151728

Seperti gula dalam darah, cara menjaga kesihatan buah pinggang juga perlu mengawal tekanan darah, seperti memakan buah epal berwarna merah yang baik untuk mengawal darah dan menurunkan darah tinggi.

Perlu diingati bahawa tekanan darah tinggi atau hipertensi adalah punca utama kegagalan buah pinggang kerana ia menyebabkan arteri di sekeliling buah pinggang menjadi sempit lemah dan mengeras.

Semoga info ini bermanfaat untuk anda!

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Selayang