Home Entertainment Jang Gyu Ri Dedah Punca Sebenar Tinggalkan Kerjaya Idola Dan Minta Maaf...

Jang Gyu Ri Dedah Punca Sebenar Tinggalkan Kerjaya Idola Dan Minta Maaf Kepada Ahli Fromis_9

0

Selepas mendapat kejayaan dalam drama bersiri SBS ‘Cheer Up’, pelakon pujaan Jang Gyu Ri telah mengadakan temubual bercerita tentang wataknya sebagai Cho Heed an juga kerjayanya di masa hadapan.

Pertama, Jang Gyu Ri ditanya bagaimana dia mendapat watak Cho Hee dalam ‘Cheer Up’. Bintang itu tersenyum dan mendedahkan, “Pengarah memberitahu saya bahawa dia melihat saya di siri YouTube ‘Workman’, dan dia suka episod itu. Dia sangat menyukai akrostik saya.”

Han Ji Hyun And Jang Gyuri Are Cheerleaders With 2 Different Kinds Of Determination In New Drama “Cheer Up” | Soompi

Han Ji Hyun, Bae In Hyuk, Kim Hyun Jin, Jang Gyuri, And More Share What Drew Them To “Cheer Up,” Difficulties Learning Cheer Choreo, And More | Soompi

Seperti yang diketahui ramai, Jang Gyu Ri telah keluar dari fromis_9, serta agensi pengurusannya Pledis Entertainment, pada Julai tahun ini.

Mengenai keputusannya untuk meninggalkan kerjaya sebagai seorang idola, Jang Gyu Ri menyatakan, “Ia sentiasa menjadi impian yang saya. Saya pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa saya memilih untuk melepaskan impian saya itu, apabila saya boleh meneruskan sebagai idola dan pelakon kan.  Tapi saya fikir yang saya kena betul-betul beri perhatian dalam bidang lakonan sahaja.”

K-pop sensation Jang Gyuri exits from all-girl group fromis_9; Label issues statement | Music

Jang Gyu Ri menyambung, “Saya merasakan bahawa terdapat kekangan dalam cuba mengimbangi kedua-duanya, dan secara peribadi, saya tidak merasakan saya mampu melakukan kedua-duanya dengan sebaik mungkin.

Ahli [fromis_9] juga melakukan begitu baik, dan kami sudah melalui susah senang bersama dan saya mempercayai mereka, jadi, ‘Saya fikir sekarang adalah masa yang baik untuk mengejar impian saya’.”

Baca lagi: “Hyun Bin Nampak Lagi Macho”- Style Barunya Untuk Cerita The Point Men 2023

Baca lagi: “Setelah Sekian Lama Saya Bersuara”- Lee Seung Gi Akhirnya Meluahkan Segalanya

fromis_9 Members' Height, From Tallest To Shortest - Kpopmap

Akhir sekali, Jang Gyu Ri berikan sedikit kata kepada ahli fromis_9, “Banyak kali dah saya nak meminta maaf kepada ahli, kerana dua peranan saya. Saya terpaksa terlepas banyak latihan kerana jadual penggambaran untuk ‘Cheer Up’.

Pada masa itu, kami sibuk membuat persiapan untuk kemunculan semula dan pertemuan peminat kami, dan walaupun saya cuba melakukan yang terbaik, saya dapat melihat dengan mata saya sendiri bahawa saya masih lagi banyak kekurangan.

Saya berasa kasihan kepada ahli lain yang bekerja lebih keras, dan saya bimbang jika disebabkan  saya, mereka susah. Hari ini, saya melihat mereka di kedai rambut dan solek, dan mereka juga kerap menghubungi saya untuk memberitahu saya bahawa mereka sedang menonton drama saya.”

Sumber: [1]