Home News Jackie Chan Menangis Dalam Video Viral

Jackie Chan Menangis Dalam Video Viral

0

Jackie Chan menjadi bualan ramai setelah sebuah klip berdurasi 39 saat baru-baru ini viral di media sosial.

Pada klip tersebut, Jackie Chan ditemani seorang remaja perempuan, tampak menangis melihat video-video lama lakonannya. Remaja perempuan tersebut memanggil Jackie dengan sebutan papa. Kemudian banyak warganet mengesyaki bahawa gadis tersebut adalah anak kepada pelakon veteren ini.

1. Disangka anak perempuan Jackie Chan

Jackie chanDalam sebuah tweet viral, akaun @tegadeyforyou berkongsi video tersebut dengan caption yang menyebut, bahawa Jackie sedang menangis dengan anak perempuannya.

“Jackie dan anak perempuannya menangis sewaktu menonton beberapa adegan filem lama miliknya adalah perkara paling menyentuh hati yang akan anda tonton hari ini,” tulis akaun tersebut.

2. Diambil dari potongan filem

c5f6231c 4d18 4ed6 b2c7 446c1d2c1b5fSiasat punya siasat, klip 39 saat tersebut adalah potongan dari filem terbaru yang dibintangi Jackie Chan berjudul Ride On (2023). Dalam filem tersebut, Jackie Chan membawa watak sebagai seorang stuntman.
Adegan yang viral tersebut merupakan adegan filem sewaktu Jackie Chan, bersama seorang pelakon wanita yang membawa watak sebagai anak perempuannya dalam filem tersebut, sedang menonton filem-filem aksi si bapa ketika bekerja sebagai stuntman.

3. Siapakah remaja perempuan yang jadi anak Jackie Chan dalam filem?

d5d4ff3e 3738 481e 8efd d41eea3e3c2fBukan anak Jackie sebenar, remaja perempuan dalam klip yang viral tersebut adalah seorang pelakon wanita yang bernama Liu Haocun. Pelakon yang berasal dari negara Cina berusia 25 tahun tersebut adalah artis yang baru debut pada tahun 2020. Dalam filem Ride On, Liu Haocun membawa watak sebagai Xiao Bao, anak kepada stuntman bernama Lao Luo yang karakternya dilakonkan oleh Jackie Chan.

4. Anak Jackie Chan yang sebenar

7998e7a0 1521 40e0 a3bc 64196a00870ePada tahun 1982, Jackie berkahwin dengan pelakon wanita yang berasal dari Taiwan, Joan Lin. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Jaycee Chan yang lahir pada tahun yang sama.

Jackie juga pernah terpalit skandal curang, di mana dia memiliki anak dengan wanita lain yang bernama Elaine Ng Yi-Lei. Jackie memiliki seorang anak perempuan yang bernama Etta Ng Chok Lam yang lahir pada 1999 dari hasil kecurangannya itu.

Namun, dikhabarkan Jackie tidak berhubungan baik dengan Etta karena orientasi seksualnya sebagai lesbian.

Jadi anak gadis yang menangis bersama pelakon veteren ini dalam video klip viral itu bukan anak kandungnya ye. Hanya potongan filem sahaja!

Baca lagi: 5 buah sekolah paling berhantu dan menyeramkan dalam anime
Baca juga: Artis-artis Korea ini saling bermusuhan, sukar berdamai