Home Kdrama/Kmovie ‘Itaewon Class’ Bakal Muncul Semula Versi Drama Jepun

‘Itaewon Class’ Bakal Muncul Semula Versi Drama Jepun

0

Drama Korea ‘Itaewon Class’ yang diadaptasi daripada webtoon dengan judul sama bakal disadur sebagai drama Jepun. Webtoon cerita ini amat popular sehingga menarik lebih 400 juta pembaca.

Salah sebuah rangkaian stesen televisyen Korea, JTBC berkolaborasi dengan Kakao Entertainment dan syarikat penyiaran Jepun untuk remake Itaewon Class.

Meskipun para pelakon Jepun untuk menggerakkan cerita ini belum diumumkan secara rasmi lagi, namun ura-ura mengatakan para pelakon top yang akan terpilih untuk projek ini.

Tidak seperti drama Korea yang mempunyai 16 episod, versi Jepun dilaporkan hanya sejumlah 13 episod.

‘Itaewon Class’ menceritakan jatuh bangun watak utamanya, dari kehilangan bapa sehinggalah bina perniagaannya sendiri.

Park Sae-ro-yi (Park Seo-joon) dalam versi Korea merasai kepahitan hidup apabila dibuang sekolah dan kehilangan bapanya dalam kemalangan. Kemudian dia tersedar ini angkara Jang Geun-won (Ahn Bo-hyun).

Jadi Park Sae-ro-yi mahu menuntut bela atas kematian bapanya. Namun tidak mudah kerana Jang Geun-won datang daripada keluarga chaebol yang kaya-raya.

Sweet revenge bermula apabila Park Sae-ro-yi membuka restorannya sendiri di Itaewon untuk melawan Jangga Group, perniagaan keluarga Jang Geun-won.

Sumber: [1]