Home News Insomnia Boleh Bawa Maut? Ini 7 Jenis Insomnia Yang Perlu Anda Tahu

Insomnia Boleh Bawa Maut? Ini 7 Jenis Insomnia Yang Perlu Anda Tahu

0

Mengikut kajian, lebih daripada 30% orang dewasa pernah mengalami sekurang-kurangnya salah satu jenis insomnia. Anda mungkin mengalaminya sama ada sedar atau tidak. Kesan daripada masalah ini boleh menyebabkan anda tidak bertenaga, tiada mood, tidak fokus dan banyak lagi.

Ini 7 Jenis Insomnia Yang Perlu Anda Tahu

1. Lebih Daripada Satu Jenis Insomnia

Screenshot 2023 06 08 104720

Insomnia bukan sahaja kesukaran untuk lena pada permulaan tidur atau dikenali juga sebagai sleep onset insomnia. Jika anda sering terjaga dan sukar untuk tidur semula, ia dikenali sebagai sleep maintenance insomnia.

Jika anda terbangun lebih awal daripada sepatutnya dan tidak boleh tidur semula, ia dikenali sebagai early morning awakening insomnia.

Insomnia juga boleh dilabelkan dengan kekerapan ia berlaku. Insomnia kronik atau jangka panjang adalah kesukaran tidur yang berlaku daripada tiga malam seminggu melebihi tempoh tiga bulan.

Jika kurang daripada itu, ia dikenali sebagai insomnia jangka pendek atau adjusment insomnia.

2. Gejala Insomnia Lebih Dari Sekadar Gangguan Tidur

Kesan akibat gangguan tidur yang dialami ketika terjaga juga dianggap sebagai gejala insomnia. Antara gejala insomnia yang paling biasa adalah mudah mengantuk atau letih di siang hari.

Malah, anda juga boleh mengalami gejala insomnia seperti kemurungan, kebimbanga, sukar menumpukan perhatian, sukar untuk mengingati dan cepat marah.

Gejala ini akan meningkatkan kesilapan dan kemalangan yang mungkin berlaku. Selain itu, anda juga mungkin mempunyai kebimbangan berterusan mengenai tidur.

3. Sebahagian Insomnia Berpunca Daripada Tabiat

WhatsApp Image 2023 06 08 at 10.48.51 AM

Minum minuman berkafein terlalu lewat, merenung telefon atau skrin ketika cuba tidur atau makan berat sebelum tidur boleh menyebabkan insomnia.

Malah, pengambilan dadah atau alkohol untuk membantu anda mudah tidur sebenarnya adalah lebih buruk lagi. Walaupun ia mempercepatkan anda lena dan lebih lama berada dalam keadaan deep sleep tetapi ia menghalang tidur REM.

Tidur REM (rapid eye movement) ialah kitaran tidur yang merangsang bahagian penting otak yang menghasilkan dan mengekalkan ingatan.

4. Insomnia Boleh Membawa Maut

Terdapat satu gangguan otak yang dikenali sebagai fatal familial insomnia (FFI). Ia berlaku akibat abnormaliti pada gen PRNP (protein prion) menyebabkan protein itu terlipat secara tidak betul yang terkumpul di dalam talamus dan mula mengetuk sel saraf.

Salah satu simptom utama kerosakan otak ini ialah insomnia jangka panjang yang melebihi beberapa bulan. Walaupun FFI jarang berlaku tetapi ia boleh membawa maut. Pesakit biasanya meninggal antara enam bulan hingga tiga tahun selepas FFI bermula.

5. Tidak Semua Dirawat Dengan Pil Tidur

Screenshot 2023 06 08 104939

Pengambilan pil tidur boleh membantu anda tidur dengan mudah dan lena tetapi ia tidak akan membantu anda mengenal pasti apakah yang penyebab berlakunya insomnia atau menghentikannya daripada berlaku.

Namun, terapi tingkah laku kognitif untuk insomnia (CBT-I) boleh membantu. Terapi ini mengajar anda mengenali serta melakukan perubahan yang boleh mempengaruhi tidur anda.

Setiap orang mempunyai masalah berbeza dan ahli terapi boleh merangka tindakan lebih khusus bagi membuatkan anda tidur dengan lebih baik.

6. Segelintir Berfungsi Seperti Biasa Walaupun Mengalami Insomnia Kronik

Segelintir orang mampu hidup seperti biasa walaupun mengalami insomnia teruk sehingga menyebabkan mereka tidak boleh tidur sama sekali.

Pada tahun 1915, seorang tentera Hungary bernama Pauk Kern tidak boleh tidur sama sekali setelah mengalami kecederaan tembakan. Dia tidak mengalami kemerosotan kesihatan melainkan sakit kepala sekali-sekala. Sejak itu, disebabkan hidupnya tanpa tidur dia meninggal dunia pada tahun 1955.

7. Sesiapa Sahaja Boleh Mengalami Insomnia

Screenshot 2023 06 08 105037

Penyakit ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Antara tokoh terkenal dalam sejarah yang mengalami gejala ini ialah Franz Kafka, Vincent van Gogh, Abraham Lincoln, Marilyn Monroe, Margaret Thatcher dan ramai lagi.

Lebih ramai kaum wanita mengadu mengenai gangguan tidur berbanding lelaki dan mereka yang tinggal di bandar besar mempunyai kemungkinan tinggi untuk mengalami insomnia.

Negara jiran iaitu Singapura pula adalah antara negara tertinggi di mana penduduknya mengalami masalah berkaitan tidur.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Iluminasi