Home News Ini Sebabnya Kenapa Dolar Singapura Mencatat Rekod Paras Tertinggi Berbanding Ringgit Malaysia

Ini Sebabnya Kenapa Dolar Singapura Mencatat Rekod Paras Tertinggi Berbanding Ringgit Malaysia

0

Dolar Singapura rekod paras tertinggi berbanding Ringgit Malaysia dan seperti kita tahu, Dolar Singapura juga lebih mahal daripada Ringgit Malaysia. Namun dua negara ini sering dibanding-bandingkan dengan mata wang serta beberapa warga Malaysia turut bekerja di Singapura kerana pendapatan di sana lebih tinggi, walaupun hidup berjauhan dengan keluarga hingga merentas negara untuk menyara diri dan juga keluarga.

Nilai mata wang Singapura, dolar Singapura(SGD) terus mencatatkan peningkatan dengan merekodkan paras tertinggi berbanding Ringgi Malaysia(RM). Laporan ini dilaporkan oleh Channel News Asia(CNA), SDG mencapai rekod tertinggi iaitu RM3.1964 sebelum menyusut pada kadar akhir RM3.1950.

Screenshot 2023 05 15 125417

Ketua FX Analysis di Syarikat(AS) mengatakan:

“SDG-RM merekodkan paras tertinggi sepanjang masa pada kadar RM3.1964, yang mana faktor besarnya disumbangkan oleh pengukuhan dolar Singapura”

“Tiada sebab ynag spesifik, tetapi faktor teknikal dasar mata wang Singapura yang menyebabkan nilai ini mencecah paras tertinggi sepanjang masa”

Screenshot 2023 05 15 125517

Beliau mengatakan sentimen yang dilaksanakan oleh Amerika Syarikat(AS) terhadap China turut menyumbang kepada pengukuhan SGD. Pertimbangan daripada AS seperti yang disebutkan oleh presiden, Joe Biden untuk melakukan pemotongan tarif terhadap barangan buatan China telah membantu menaikkan Yuan ke paras tertinggi.

“Yuan memegang saham terbesar di Singapura dan turut mempengaruhi nilai SGD apabila pelabur cuba mengimbangi susut nilai dalam SGD-CNY berbanding mata wang yang lain”

“Ini telah memperkukuhkan SGD berbanding pelaburan lain termasuk USD (+0.49 peratus), RM (+0.13), HKD (+0.47) dan JPY (+0.05), seterusnya memacu kadar Dollar Nominal Effective Exchange Rate (S$NEER)” jelasnya lagi

PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Selayang