Home Video “Ingatkan Milo Ni Boleh Tahan Lama, Rupanya…” -Keracunan Makanan Sebab Minum Milo,...

“Ingatkan Milo Ni Boleh Tahan Lama, Rupanya…” -Keracunan Makanan Sebab Minum Milo, Ini Puncanya

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok amanjamadi, dan telah ditular baru-baru ini.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana seorang lelaki membuat satu klip durasi pendek yang mengatakan bahawa beliau keracunan makanan. Beliau juga mengatakan terpaksa mengambil cuti rehat kerana sudah 2 hari beliau keracunan makanan, beliau turut mengatakan beliau bukanlah keracunan makanan namun sebenarnya beliau keracunan minuman yang diminum olehnya. Air yang diminum itu juga beliau bancuh di rumah, dan perasan serbuk ‘Milo’ tersebut semakin mengeras. Oleh itu, beliau sangka serbuk ‘Milo’ itu boleh diguna pakai dan beliau menghancurkan serbuk itu menggunakan ‘blender’.

Lelaki ini juga mengatakan bahawa beliau minum air itu ketika sahur, dan keesokkan harinya beliau mula rasa sakit perut serta cirit birit. Pada mulanya beliau sangka keracunan makanan disebabkan makanan lain yang dimakan oleh beliau, setelah itu beliau muntah hingga mengeluarkan air milo yang diminum oleh beliau sebelum ini. Beliau turut berpesan kepada warganet untuk lihat tarikh luput setiap kali penggunaan makanan dan minuman yang dibeli oleh mereka untuk langkah berjaga-jaga.

Netizen juga memberi kata-kata yang positif diruangan komen, mengatakan ini perkara baharu yang mereka pelajari tentang video klip ini kerana disangka serbuk air yang mengeras tersebut boleh diguna pakai lagi. Ada juga yang mengatakan serbuk ‘Milo’ sememangnya mengeras jika terlalu lama dan akan menjadi kulat tetapi hanya sedikit. Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 37.3K penonton, 1412 sukaan dan 119 komen.

Pemilik akaun ini juga menulis kapsyen seperti dibawah:

“Ingat milo ni boleh tahan lama, rupanya sekejap jugak tarikh simpan dia”

Lihat klip durasi pendek lelaki ini terangkan bagaimana beliau terkena keracunan makanan:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@umiacik: Milo skrg ada yg fake juga,bungkusan semua sama,saya beli simpan dlm tin Milo,dekat sethn,sbb ank jarang minum Milo,still ok..nk beli kena tgok betul2

@Ja: ..saya selalunya..kalau dah keras..saya makan jer macam biskut..tapi lepas tu..memang masuk toilet la..sakit perut

@Dang Annum: semoga ad pengajaran.. lepas brg kena check dulu tarikh expired

@ADekZira: Kalau sendawa gas tu gastrik mcm husband saye gastrik teruk mmg akan cirit birit & sendawa gas jd da xboleh minum susu f&n mkn pedas2

@Muchmore: sbb tu sll i bli yg milo stick je (y kosong, bkn 3in1), sbb takut keras n byk sgt so jd mcm tu.

@IzwanRyderGaming31Noob: Yang keras tu selalu aku makan cam tu je. Tak tahu pulak dah tak boleh guna lagi

@AnNur: favourite sy setiap kali beli makanan wajib check expired date dia..

@itisshada: dulu sy suka yg keras..duk ratah gitu je..yg tu sebb dah expired tu yg keracunan

@HM: kalau dah keras camtu..janganlah di gunakan walaupun tarikh belum luput…coz kadang2 milo ada berkulat…itu yang buat cirit birit…

@Kotak Hitam: Knp milo zaman skrg klau korg perati serbuk dia mesti mcm ad putih2 macam gula pun ad mcm enth laa tpi mmg ad yg putih2 halus dlm serbuk milo

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram