Home Video “Import Ke Tempatan?” -Buka Sticker ‘Import’ Pada Beras, Sekali Ini Yang Terjadi

“Import Ke Tempatan?” -Buka Sticker ‘Import’ Pada Beras, Sekali Ini Yang Terjadi

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok apit_secret, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana seorang lelaki menyiarkan satu klip durasi pendek mengenai beras yang dibeli sebanyak 2 paket. Dikatakan beliau perasan pada beras tersebut mempunyai pelekat yang tertulis ‘Import’, tetapi selepas dibuka pelekat itu pula menjadi tanda tanya warganet.

Harganya pula berlainan dengan ‘Import’ dan ‘Tempatan’ walaupun beras yang sama beliau beli, dan isu ini juga telah tular di media sosial serta mendapat pelbagai reaksi netizen.

Screenshot 2023 10 03 142109
(Gambar hiasan)

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan untuk membuat aduan kepada pihak yang bertanggungjawab. Ada juga yang mengatakan perkara ini sering berlaku dan banyak lagi jualan beras mempunyai pelekat yang ditampal pada paket tersebut.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 285.8K penonton, 11.7K sukaan dan 1862 komen.

Baca lagi: Badan NGO Mula Turun Padang, Jual Beras 5KG Harga RM1 Di Langkawi

Baca lagi: “Ibu Hilang Dua Anak..”- Percutian Di Pulau Bertukar Tragedi, Keluarga Hilang Tanpa Khabar

Lihat klip durasi pendek perkongsian lelaki ini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumedia

Lihat juga video dibawah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@cikdin shop: buat aduan,mat sabu kata dia nak ambil tindakan kepda pengilang beras yg tukar guni beras, tempatan jd import..kita tgok ada tindakan tak dri kerajaan

@beautiful light: ramai petani cakap pengedar beras tukar packaging beras, asal beras tempatan tapi dowg bungkus beras import sebab nak naik harga

@user519105359166: sbb tu beras tempatan hilang.. beras import dah tx de.. beras tmptn dibuat beras import..

@eiyda jerr: nak tukar plastik baru daa tak sempat so tampal jelaa sticker..tag laa mat sabu tu..suh dia explain pasal ni..

@Amiraiysah: Semua kilang beras tampal harga… Saya yg meniaga runcit… Dtg memang dh ada..

@amyqasdhira: sebabkan nilah,.aii beli beras wangi terus..walaupun kena tmbah rm8 takpelah asalkan tak sakit hati kena tipu

@ida: Dan lg dia keluar packaging baru.selama ni xpernah nampak packaging ni.banyak nau packaging baru

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram