Home Video Ikut Lori Semata Mencari Barangan Hotwheels, Tak Sangka Ini Yg Staff Lakukan

Ikut Lori Semata Mencari Barangan Hotwheels, Tak Sangka Ini Yg Staff Lakukan

0

Barangan hotwheels merupakan antara barangan panas yang dicari oleh collecter namun terdapat juga mereka yang membeli kemudiannya menjual kembali dengan harga yang mahal.

Menerusi klip video yang memaparkan cerita pendek di tiktok @anakketam mengenai seorang lelaki yang sanggup mengikut lori sampai ke kedai dengan harapan untuk mencari barangan hotwheels tersebut namun tidak sangka ini yang staff mynews lakukan di mana staff tersebut dikatakan menyorok barangan hotwheels tersebut di kotak lain.

Ceritanya aku ikut lori , so confirm barang ada sampai tapi tatau lagi ada hotwheels ke tidak. Aku pun tunggu la barang sampai, tak nampak pun case ni sebab die sorok dlm kotak air . Aku pun berdiri je depan tu berharap dalam kotak merah mynews ni ada barang, dekat 30 min staff buat tatau (acah2 sibuk) aku berdiri tegak depan kaunter sampai staff halau “ bang tolong tunggu luar “ aku buat tatau je rupanya angkat atas kotak air ni dorang sorok satu case dlm kotak air mineral ni, tah la sorok ke tapi biasa lori hantar takde simpan case dlm kotak lain hahah dan bila dah kantoi aku nampak satu case ni aku pun cakap kat staff“ takleh bukak ke ? “ lepas 30 min gak duk depan tu , staff jawab “ saya kena receive dulu “ aku pun macam aik kau pun tau aku tunggu benda ni dari tadi kenapa tak receive je dulu then kau buat la keje lain . Lepastu dorang mcm bisik2 sesama drg dan macam terpaksa kena bukak hahahaha . Nak tanya je nak simpan untuk geng ke kawan ? Ke awak nak sorting dulu baru gantung kat peg ? Korang tgk la sendiri gambar case tu dalam kotak airmineral tu..barang dah depan mata aku takkan takleh bukak lak kan ? lepastu nak redeem cakap dah habis , awak marah saya ke sbb tak dpt barang awak nak ?

hotwheels1

Baca juga : “Aduh…Sakit Hati Tengok”-Kalau Taknak Beli Jangan Buat Mcmni

Baca juga : Tindakan Pengemis Di Klang Buat Ramai Tak Sangka, Klip Raih 1 Juta Views Di Tiktok

Lihat klip video di instagram :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumedia

Lihat juga komen netizen :

@ini aku : aku da buang dah hobi collect hw. sakit hati. lg geng2 scalper yg jual balik kat bazaar,online. dari aku maki baik aku jgn beli

@Rshvm Shop : Hahahaha patutla aku bila hantar menatang ni kt toysrus , diorang terus sorok kalau case hw

@Lakibini164custom : Cakap kt staff tu sambil bisik. Nak jadi scalper tak power lagi dik.

@Farid Rozman : mcm mana bro tau brg masuk ye? sy ni hari2 hunting rambang… selalu je staff kata brg x order/ brg x masuk lagi . sy dgr sy balik je la…

@AFINI LEGACY SHOP : paham perasan dua2 pihak pernah alami ,last² kita sebagai staff kena surat amaran dekat HQ bila custmr HW report kotak HW staff sahja sorokkan walupn

@dyanaarosidi : dpt hw hadiah kawin dlu dri spupu keja mattel . dpt dkt ank aku hbs lingkup mat

@Encik Ultraman : Aku sokong , biar staff tak dpt . Staff pun takut klau kita complaint kt boss dia salah . Hahahahah

@khrl rafy : semua dah ada kroni. Hotwheels memang macam nih. Saya sendiri malas nak hunting terus je beli kotak case b dekat online

PERHATIAN: Pihak Daebaking.Co tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking.Co juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber : Tiktok dan Instagram