Dalam lambakan K-drama yang semakin berani bereksperimen dengan genre, If Wishes Could Kill tampil sebagai sebuah naskhah yang menggabungkan elemen seram, psikologi dan realiti digital dalam satu pakej yang cukup mengganggu emosi.
Ditayangkan pada 24 April 2026, drama ini terus mencuri perhatian kerana konsepnya yang unik—bagaimana jika setiap keinginan yang anda buat benar-benar menjadi kenyataan… tetapi dengan harga nyawa sendiri?
Sinopsis If Wishes Could Kill: Aplikasi “Girigo” Yang Membawa Maut

Kisah ini berpusat kepada sekumpulan pelajar sekolah menengah yang menemui sebuah aplikasi misteri bernama “Girigo”. Pada mulanya, aplikasi ini kelihatan seperti permainan biasa—ia menawarkan peluang untuk merealisasikan apa sahaja keinginan pengguna.
Namun, mereka segera menyedari satu peraturan yang mengerikan dimana setiap wish yang dipenuhi akan dibayar dengan kematian pengguna dalam masa 24 jam.
Apa yang bermula sebagai rasa ingin tahu bertukar menjadi mimpi ngeri apabila satu demi satu pelajar mula mati dalam keadaan misteri. Dalam usaha untuk menghentikan kitaran ini, sekumpulan pelajar cuba membongkar asal-usul aplikasi tersebut—sebelum mereka sendiri menjadi mangsa seterusnya.
Barisan Pelakon & Watak

If Wishes Could Kill ini menampilkan gabungan pelakon muda yang berjaya membawa emosi ketakutan, tekanan dan konflik dalaman dengan baik.
- Jeon So-young
- Kang Mi-na
- Baek Sun-ho
- Hyun Woo-seok
- Lee Hyo-je
Mereka memainkan sekumpulan pelajar yang pada awalnya hanya ingin mencuba sesuatu yang luar biasa, tetapi akhirnya terperangkap dalam situasi hidup dan mati.
K-Drama ‘We Are All Trying Here’ Jadi Pilihan Wajib Tonton Jika Anda Peminat ‘My Liberation Notes’
“The Scarecrow”: Drama Thriller Korea 2026 Penuh Misteri, Dendam dan Pemburuan 30 Tahun
Elemen Seram + Teknologi: Kombinasi Yang ‘Kena’

Salah satu kekuatan utama drama ini adalah konsep “tech horror”—gabungan teknologi moden dengan elemen seram psikologi.
Berbeza dengan drama seram tradisional, If Wishes Could Kill menggunakan telefon pintar sebagai medium utama ketakutan. Ini menjadikan jalan cerita terasa lebih dekat dengan realiti penonton, terutama generasi muda yang sangat bergantung kepada teknologi.
Review Ringkas dari Sudut Pandangan Peribadi

Walaupun mempunyai premis yang sangat menarik, drama ini tidak lari daripada beberapa kelemahan. Antaranya plot mula menjadi perlahan di separuh kedua.
Bagaimanapun drama ini berjaya menyajikan penonton dengan idea unik dan relevan dengan zaman sekarang. Dari aspek nuansa, ia juga berjaya menyampaikan suasana seram yang konsisten di awal cerita. Dan paling penting, lakonan pelakon muda berbakat yang sangat meyakinkan.
If Wishes Could Kill berjaya menawarkan satu pengalaman tontonan yang berbeza dengan menggabungkan elemen teknologi dan seram dalam satu naratif yang unik.
Walaupun terdapat kelemahan dari segi pacing, drama ini tetap menarik untuk ditonton, terutama bagi mereka yang gemar cerita berkonsep misteri dan psikologi.
Verdict: Patut Tonton Atau Tidak?

Jawapannya: YA!
Jika anda mencari drama yang boleh membuat jantung berdebar, maka ini adalah pilihan yang tepat. Ini kerama drama ini menawarkan sesuatu yang berbeza daripada drama sekolah biasa. Ia lebih berani, lebih gelap dan lebih “disturbing”—dalam cara yang membuatkan anda terus mahu menonton episod seterusnya.








