Heechul Super Junior mendedahkan mengapa dia mengambil keputusan untuk mengekalkan berat badan yang rendah.

Pada episod 9 November SBS love FM ‘Ji Sang Ryul if Hot’, Heechul tampil sebagai hos bersama dan bercakap tentang mengapa dia suka mengekalkan berat badan yang lebih rendah.

1667998491 20221109 heechul2

Ahli Super Junior itu menyatakan, “Semasa promosi kami untuk ‘Sorry Sorry’, berat badan saya dalam 68-69kg (149-152lbs). Saya kemudian kehilangan 9kg (19lbs) dalam masa 2 minggu hanya dengan melakukan diet tauhu.”

Baca lagi: Adik Hyeri Girls Day Menjadi Topik Hangat Kerana Menyerupai Kim Sejeong

Baca lagi:  “Sekarang Tengah Femes Takpelah, Nanti Dah Tak Laku”? Selain Wonyoung Dan Liz IVE, Ini 4 Lagi Artis Yang Tidak Mahu Sambung Belajar

Heechul Hair Appreciation Post 😃😃 | K-Pop Amino

 

Dia menyambung, “Sukar untuk menurunkan berat badan sekarang ini.” Apabila Ji Sang Ryul berkata dia kelihatan baik, Heechul menjawab, “Selebriti tidak sepatutnya kelihatan baik. Anda mesti kelihatan sakit. Itulah cara anda kelihatan baik di skrin.”

Hm, betul jugak statement Heechul ni. Mana taknya, kalau seseorang artis itu kelihatan ‘sihat’ dan ‘baik’, pasti akan ada netizen yang mengatakan mereka ‘berisi’ dan akan memulakan kecaman.

Bahaya betul sekarang ni. Apa-apapun nantikan perkembangan terkini mengenai Heechul.

Sumber: [1]

Previous article “Sekarang Tengah Femes Takpelah, Nanti Dah Tak Laku”? Selain Wonyoung Dan Liz IVE, Ini 4 Lagi Artis Yang Tidak Mahu Sambung Belajar
Next article5 K-Drama Yang Akan Membuat Penonton Rasa Tenang Dan Selesa