Home News Hanya Bekerja Sebagai Penghantar Barang, Gaji Lelaki Ini Cecah RM43,000

Hanya Bekerja Sebagai Penghantar Barang, Gaji Lelaki Ini Cecah RM43,000

0

Kerja sebagai penghantar barang sahaja pendapatan lelaki ini cecah RM43,000. Pemuda ini selesa bekerja di Australia. Bekerja serta meraih gaji atau pulangan yang lumayan sudah pastinya menjadi impian buat sejumlah besar orang ramai. Wang yang diperoleh pastinya membantu dalam menyelesaikan masalah hutang dalam lebih pantas sekaligus menawarkan kehidupan yang lebih selesa.

Di sebalik usaha dan kerjaya orang ramai, siapa sangka hanya bekerja sebagai penghantar barang di Australia mampu memberi pulangan sehingga RM43,000 sebulan.

Hal ini telah dibuktikan oleh Razlan Rashari selaku rakyat Malaysia yang sudah bekerja di Australia selama 6 bulan. Menerusi perkongsian, beliau memaklumkan pengalaman bekerja di Australia adalah lebih efisien dan memudahkan.

Screenshot 2023 06 12 110957

“Purata gaji bekerja di Australia sebagai penghantar barang adalah sekitar A$8,000 (RM24,670) sehingga A$14,000 (RM43,173). Gaji lumayan yang ditawarkan membuatkan saya memilih untuk bekerja di Australia berbanding Malaysia”
-kata Razlan

Razlan yang kini tinggal bersama isterinya di Australia memaklumkan selain faktor gaji budaya setempat dan keselamatan negara tersebut antara yang sebab utama beliau memilih untuk menetap di Australia.

Mengulas mengenai kos sara hidup, Razlan berpendapat kos sara hidup di Australia boleh dikatakan masih rendah. Meskipun harga barangan mampu meningkat, peningkatan gaji yang seiring antara yang membuatkan mereka kurang terbeban.

Ada juga beberapa rakyat Malaysia yang bekerja di Australia sebagai pemetik buah atau ladang, kerana pendapatan di sana lebih tinggi dan boleh menanggung kos sara hidup seharian mereka. Perkongsian daripada lelaki ini juga telah menarik perhatian warganet serta ditular di media sosial.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: InfoRakyat