Home News Han-Byul Dapat ‘Standing Ovation’, Penyanyi Asal Nabila Razali Pula Kena Kritik “Org...

Han-Byul Dapat ‘Standing Ovation’, Penyanyi Asal Nabila Razali Pula Kena Kritik “Org Korea Nyanyi Lagi Sedap”

0

Nampaknya penyanyi Nabila Razali terus menjadi bahan kritikan netizen yang mempertikaikan mutu nyanyiannya walaupun ketika menyampaikan lagu sendiri.

Terkini, keupayaan Nabila menyanyi secara langsung dibandingkan pula dengan peserta Big Stage 2019, Han-Byul yang membuat persembahan lagu Vroom Vroom di konsert minggu kedua program berkenaan pada Ahad.

Rata-rata berpendapat kualiti vokal dan persembahan peserta dari Korea itu jauh lebih baik berbanding Nabila selaku penyanyi asal.

a28

Namun Nabila, 27, bagaikan sudah lali dengan perbandingan seperti itu berpendapat setiap penyanyi mempunyai cara tersendiri ketika membuat persembahan.

” Saya sedar ada yang membandingkan cara nyanyian kami, ada yang kata dia nyanyi lagu Vroom Vroom lagi baik dari saya.

” Saya tak kisah tentang komen penonton itu, cumanya pada saya tak perlulah ada perbandingan begitu. Setiap penyanyi ada cara tersendiri nak sampaikan lagu dan dalam pertandingan setiap peserta pastinya akan buat lebih baik daripada penyanyi asal.

” Kalau kita tengok artis luar negara pun banyak buat cover lagu orang lain dan lebih sedap berbanding penyanyi asal, tapi orang tak kata… peliknya asal Nabila Razali sahaja mesti ada salah!,” katanya.

Pada konsert minggu kedua, peserta berasal dari Korea Selatan itu menyampaikan lagu Vroom Vroom nyanyian asal Nabila dan menerima standing ovation daripada juri tetap, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Judika.

Persembahan bertenaga Han-Byul itu turut melayakkan dia menerima markah tertinggi iaitu sebanyak 89.33 peratus meninggalkan 11 peserta yang lain.

Malah, nama Han-Byul dan Nabila Razali turut menjadi trending di laman Twitter.

Meskipun sibuk dengan pelbagai aktiviti seni, Nabila berkata dia tetap hadir ke konsert tersebut bagi memberikan sokongan kepada peserta berusia 29 tahun itu.

” Walaupun jadual saya pada hari itu agak padat, tapi saya cuba curi-curi waktu untuk ke konsert tersebut bagi menyaksikan persembahan Han-Byul.

” Mujurlah dia peserta terakhir buat persembahan jadi dapatlah saya tengok secara langsung.

Perjalanan 11 peserta diteruskan selepas penyingkiran peserta pertama, Sheryl Shazwanie.

” Saya sangat terharu dan berasa bangga apabila orang luar mampu bawa lagu itu dengan baik mengikut caranya sendiri. Dia sangat bagus!,” ujarnya.

a27

Nama Nabila Razali, Han-Byul dan Vroom Vroom menjadi trending di Twitter.

Ditanya adakah dia bersedia untuk bergandingan bersama penyanyi yang popular dengan lagu Time Is Up itu, Nabila berkata dia menerima dengan hati terbuka jika ada tawaran sedemikian.

” Mestilah nak! Insya-Allah kalau ada rezeki dan tawaran semestinya saya tidak menolak,” katanya.

Big Stage 2019 bersiaran secara langsung dari Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor setiap Ahad pukul 9 malam.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. DaebaKing

Sumber: mstar